Aplikasi Perubatan Islam Secara Rukyah


Assalamualaikum ...

Bismillah . Perubatan Islam secara rukyah adalah alternatif terbaik seandainya rawatan perubatan hospital tidak dapat membantu . Selalunya perubatan Islam secara rukyah ini dapat dilakukan apabila kita menemui mereka yang pakar dalam melakukannya . Kini , jika anda belum dapat menemui pakar perubatan Islam , anda boleh melakukannya sendiri sebagai persediaan pra perubatan Islam dengan hanya melalui aplikasi .



Aplikasi Perubatan Islam Secara Rukyah


Aplikasi Perubatan Islam Secara Rukyah


Aplikasi perubatan Islam secara rukyah atau juga dikenali sebagai ' Mobile Islamic Ruqyah Medication System ( M-IRMS ) ' telah dilancarkan . Aplikasi ini merupakan yang pertama di dunia untuk membantu anda melakukan pelbagai rawatan melalui pembacaan al - Quran dan hadis . Aplikasi perubatan Islam secara Rukyah ini yang mengandungi doa dan ayat al - Quran dibacakan sendiri oleh pengasas Darussyifa' , Ustaz Datuk Haron Din al - Hafiz bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kesihatan umum , fizikal dan rohani serta gangguan mistik .

Setakat ini , aplikasi tersebut hanya dalam bahasa melayu sahaja . Adanya aplikasi ini yang anda boleh muat turun melalui Androids dan IOS dapat membantu anda melakukan rawatan menggunakan pembacaan al - Quran dan hadis dengan cepat dan pantas tidak kira waktu dan di mana anda berada . Caj RM5 dikenakan apabila anda muat turun aplikasi ini . 

Aplikasi ini adalah berita baik bagi CM yang adakalanya memerlukannya dalam kehidupan seharian . Kalau anda pergi ke pusat perubatan Islam , ada kalanya anda perlu berbaris panjang untuk mendapatkan rawatan . Manakala melalui aplikasi ini pula , anda boleh melakukannya sendiri . Segalanya akan menjadi lebih mudah .


~ Cetusan Minda ~


6 Responses to "Aplikasi Perubatan Islam Secara Rukyah"

  1. Bagus nie, nanti zumal pun nak download gak la ^-^

    ReplyDelete
  2. Thanks share ni cm.
    Dah share kat wassap gp saya.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya.. satu kemajuan yg harus di sokong dan di puji. Sesuatu yg sungguh bermanfaat... subhanallah...

    ReplyDelete
  4. waaa....seiring dengan teknologi sekarang la kan ..nnti nk donlod laa hihih

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...