Cara Elak Terkena Petir


Assalamualaikum ...

Bismillah . Petir berlaku apabila ada regangan elektrik pada dua titik terpisah dalam satu awan , antara awan dan permukaan tanah atau antara dua permukaan tanah . Petir selalunya datang bersama kilat dan berlaku ketika mendung dan juga hujan . Rekahan cahaya yang bercabang - cabang  dari langit ke permukaan bumi menjadikan petir sangat indah bila di pandang . Petir mengeluarkan bunyi yang dipanggil guruh dan mempunyai suhu yang lebih panas daripada permukaan matahari menjadikan apa sahaja yang dilanggarnya akan jadi hangus .

Cara Elak Terkena Petir


Cara Elak Terkena Petir


Kerana bahayanya petir , maka anda di luar sana dinasihatkan supaya mengelakkan diri anda dari dipanah petir . Berikut adalah cara yang anda boleh lakukan .

1- Apabila anda melihat mendung gelap , anda dinasihatkan supaya segera menghentikan segala aktiviti luar . Ini kerana  petir mampu menyambar anda walaupun dalam jarak 15 km .

2- Sekiranya anda berada di luar , petir berlaku tiba - tiba , segeralah berlari kedalam bangunan .

3- Elakkan berlindung di bawah pokok , pondok , gerai makan , khemah , bangsal atau segala tempat yang kecil kerana panahan petir boleh melaluinya .

4- Elakkan berada di tempt tinggi dan juga tanah lapang .

5- Di dalam rumah , pastikan semua peralatan elektrk anda dalam keadaan off .

6- Elakkan sentuh barangan / objek metalik juga kabel ekektrik

7- Elakkan menggunakan komputer , handphone dan menonton televisyen .

8- Elakkan berada di porch , balkoni , beranda , tingkap , pintu , tiang dan dinding .

9- Pastikan petir benar - benar reda jika anda mahu lakukan segala perkara yang dilarang di atas .

Doa Ketika Mendengar Petir


Apabila petir berlaku , bacalah doa ketika mendengar petir untuk meminta perlindungan dari Allah s.w.t. sebagaimana Abdullah bin Az - Zubair mendengar petir , beliau segera menghentikan pembicaraan lalu mengucapkan ;


 سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمِدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ
Maha Suci Allah yang halilintar bertasbih dengan memujiNya, begitu juga para malaikat, karena takut kepadaNya .

Lalu beliau berkata :

قال إن الرعد ملك ينعق بالغيث كما ينعق الراعي بغنمه
” Sesungguhnya petir adalah malaikat yang meneriaki (membentak) untuk mengatur hujan sebagaimana pengembala ternak membentak hewannya . ”


~ Cetusan Minda ~


6 Responses to "Cara Elak Terkena Petir"

  1. yg sy igt ms belajar dulu jgn berdiri bwh pokok time hujan / petir so mmg benar kenyataan di atas

    ReplyDelete
  2. Antara tempat yang paling selamat ketika berlaku petir ialah di dalam kereta. Antara tempat yang paling tak selamat ialah berada atas motor dan basikal. Oleh itu jika berlaku petir pergilah berlindung di dalam tempat yg tertutup seperti bangunan dan rumah.

    ReplyDelete
  3. Sekarang banyak kes kena panah petir yer, moga tips nie berguna buat kita semua...

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg baik CM..
    Saya memang seram siket kalau keadaan hujan lebat dan ribut petir

    ReplyDelete
  5. good sharing! saya memang takut petir, sebab trauma tengok petir panah pokok depan rumah dulu..huhu

    ReplyDelete
  6. dgr bunyi petir jer dh ckup menggerunkan.....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...