MYTV Dalam Peringkat Percubaan


Assalamualaikum ...

Bismillah . MYTV adalah merupakan ty digital bagi menggantikan tv RTM yang menggunakan sistem analog . Sesuai dengan perkembangan teknologi , digital telah banyak diaplikasikan . Walaupun mengeluarkan belanja yang banyak , kerajaan komited untuk melaksanakan MYTV .


MYTV Dalam Peringkat Percubaan


MYTV Dalam Peringkat Percubaan


Kini MYTV berada di peringkat percubaan diseluruh negara melalui stesen pemancarnya . Sudah tentu ini berita baik untuk rakyat Malaysia . Malah saluran percuma yang ditawarkan MYTV juga banyak lebih kurang 80 saluran . MYTV dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2017 .

Tiada Siaran Ulangan


Sudah tentu sebagai pengguna , kita mengharapkan siaran MYTV itu nanti tidak berulang - ulang sebagaimana siaran Astro walaupun kita tiada masa 24 jam untuk menontonnya . Cukuplah  siaran ulangan itu hanya berlaku di Astro sahaja . Rasanya rakyat Malaysia juga sudah muak dengan siaran ulangan kerana memang tidak berbaloi dengan bayaran pun .

Mesra Rakyat


Kewujudan MYTV ni CM harapkan mesra rakyat . Maksudnya , rancangan dan program yang ditayangkan dinaik taraf sesuai dengan perkembangan semasa . Setakat ini CM lihat TV1 masih tak banyak perubahan . Selain itu diharapkan juga gangguan siaran ketika hujan tidak berlaku kerana menggunakan pemancar yang sama . Kalau tidak , tiadalah bezanya dengan Astro kan . 


Dekoder Berada Di Pasaran


MYTV dapat dilanggan secara percuma . Untuk itu , anda perlulah membeli dekoder MYTV dengan harga RM200 . Dekoder MYTV akan berada di pasaran bermula pada Jun 2015 .




~ Cetusan Minda ~





10 Responses to "MYTV Dalam Peringkat Percubaan"

  1. Wah bagus nih...bole la bertukar pada mytv selepas ini

    ReplyDelete
  2. duit lagi..segala-galanya perlukan duit termasuk nak tengok tv..

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tunggu mytv ni.. good bye astro..huhu

    ReplyDelete
  4. lah.. kena bayar ke? mcm astro

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak tukar. harap berbaloi.

    ReplyDelete
  6. Macam best je. Kot2 la boleh ganti Astro, padan muka Astro. Hoho

    ReplyDelete
  7. Waaa...manyak mulah wooo...bila bole gnti itu astro? Heheheh

    ReplyDelete
  8. wahhh best tu lg best dr njoi

    ReplyDelete
  9. Semoga boleh ganti astro. Sekurang kurangnya time hujan, masih boleh tengok TV...huhu
    Semoga tiada lagi 'monopoly'

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...