Cara Mudah Atasi Cirit Birit


Assalamualaikum ...

Cara Mudah Atasi Cirit Birit | Bismillah . Cirit birit atau juga dikenali sebagai Diarea adalah merupakan gangguan di perut yang menyebabkan anda terpaksa berulang alik ke tandas . Ada ketikanya anda menjadi hilang tenaga kerana menahan sakit yang teramat sangat .


Cara Mudah Atasi Cirit Birit

Punca Cirit Birit


Punca cirit birit sering dikaitkan dengan keracunan makanan . Bermula dengan bakteria tertentu yang mencemari makanan yang anda makan lalu menyebabkan infeksi dalam usus yang seterusnya menimbulkan inflamasi atau keradangan . 

Pun begitu , cirit birit tidak semestinya disebabkan oleh bakteria . Mungkin juga cirit birit berpunca daripada gabungan rempah ratus juga cili yang di luar kebiasaan kegunaannya di dalam masakan . Tepung , cuka , buah tomato , oren , binjai , kemang , mempelam , kelubi dan buah masam yang lainnya juga boleh menyebabkan cirit birit bagi sesetengah orang .

Simptom Cirit Birit


Simptom cirit birit yang sering didapati adalah rasa perut yang memulas , sakit perut dan terasa seperti perut anda dipenuhi angin yang kadang kala seperti bergerak . Simptom lain adalah seperti loya dan muntah - muntah , sengal sendi dan merasa lesu di seluruh badan .

Cara Mudah Atasi Cirit Birit


Apabila anda pasti anda sedang mengalami cirit birit , anda bolehlah cuba cara mudah atasi cirit birit seperti berikut :
  • kerap minum air masak atau mineral yang dicampurkan garam 
  • minum rebusan air daun jambu batu ( yang sudah tua direbus shingga tinggal sedikit airnya dan diminum dua jam sekali ) 
  • makan epal merah sebiji setiap sejam 
  • makan beras hangus ( beras disangan / goreng tanpa minyak hingga hangus - sesudu sekali makan ) 
  • makan kayu arang / batu arang ( hancurkan - sesudu sekali makan )
  • minum sesudu cuka epal dicampurkan bersama setengah cawan air
  • minum teh kulit buah / kulit batang buah delima
  • sesudu madu asli / miyak kelapa dara ( minum 2-3 kali sehari )


Gejala Penyakit 


Adakalanya cirit birit adalah gejala penyakit lain yang anda tidak ketahui kewujudannya . Sekiranya cirit birit anda tidak reda , anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor . Ini kerana mungkin cirit birit itu adalah gejala flu atau denggi

Sekiranya anda penghidap kencing manis tetapi anda tidak menjalani rawatan dengan sempurna , anda juga boleh mengalami cirit birit . Begitu juga dengan penghidap diabetis . Melanggar pantang dengan memakan karbohidrat terproses dan minum minuman manis juga akan menyebabkan anda mengalami cirit birit .


* anda dinasihatkan supaya mengelakkan makan makanan berasaskan tenusu juga makanan bergula dan berlemak tinggi ketika cirit birit .




~ Sumber Informasi ~




8 Responses to "Cara Mudah Atasi Cirit Birit"

  1. Sy br kn smlm adoiiii terseksa perut

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips CM.
    Tapi makan kayu arang tu rasanya belum sanggup lagi..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bagus ni,baru minggu lepas suami akak kena cirit-birit ni

    ReplyDelete
  4. makan epal merah macam best je..bukan selalu dapat makan buah epal..

    ReplyDelete
  5. Nak cuka epal boleh order kat Zumal...

    ReplyDelete
  6. yang rebusan air jambu tu dulu penah buat
    sekarang makan ubat farmasi aje =)

    ReplyDelete
  7. nice! thnks for sharing..
    boleh cuba nnti ni, takdelah menahan seksa jadi pengunjung tetap toilet. huhu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...