Meraikan Hari Raya Bersama Gadget


Assalamualaikum ...


Meraikan Hari Raya Bersama Gadget | Bismillah , sambutan Hari Raya pada zaman dahulu dan sekarang sangat jauh berbeza . Ini dapat dilihat bagaimana cara kita meraikannya atau suasana sambutan Hari Raya itu sendiri . Zaman dahulu , budak - budak akan berkumpul beramai - ramai , kemudian menziarahi dari rumah ke rumah juga menziarahi ruamh kawan - kawan . Berbeza dengan generasi Y yang lebih selesa menghabiskan masa menghadap gadget di Hari Raya


 Meraikan Hari Raya Bersama Gadget


Meraikan Hari Raya Bersama Gadget


Sebelum wujudnya gadget , telefon adalah alat yang dapat digunakan untuk berhubung . Disebabkan kos penggunaannya yang mahal , maka telefon hanya digunakan untuk panggilan penting sahaja . Oleh sebab itu , untuk mengisi masa terluang , budak - budak perlulah berjumpa sama ada untuk bersembang , bermain atau merancang sesuatu juga termasuk melakukan perbincangan .

Bila telefon dan smartphone , tablet juga computer memenuhi pasaran dengan harga yang kian murah dan mampu milik , berserta kemudahan internet yang disediakan oleh telco , maka lebih mudah bagi mereka berhubung hanya sekadar melalui media sosial . 

Kepelbagaian hiburan dan maklumat yang ditawarkan dalam internet menjadikan generasi Y lebih selesa menghadap gadget mereka dari mengunjungi rumah sanak saudara di Hari Raya .

Peranan Ibu Bapa


Hari Raya adalah hari untuk kita beramah mesra , mengeratkan ukhwah selain memohon maaf . Hari Raya adalah masa yang sangat sesuai untuk berkumpul bersama keluarga juga menziarahi sanak saudara . Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik mereka tentang keperluan meraikan Hari Raya .

Anak - anak mudah patuh dan selalunya patuh pada ibu bapa . Maka adalah lebih baik ibu bapa mensyaratkan kepada anak - anak agar turut serta menziarahi suadara mara di Hari Raya . Ada masanya kita perlu berkata no pada gadget . Cutikan mereka dari bergadget untuk menikmati suasana dan feel Hari Raya . Peruntukkan masa - masa tertentu sekiranya mereka mahu berkongsi kemeriahan Raya bersama rakan mereka di media sosial .


Perkara ini jika dilihat dengan mata kasar , ianya kelihatan seperti bukan perkara yang besar tetapi jika dibiarkan ianya akan meruntuhkan nilai moral adab susila orang Melayu . Di dalam Islam , sangatlah dituntut untuk mengeratkan ukhuwah sesama kita .



~ Cetusan Minda ~





2 Responses to "Meraikan Hari Raya Bersama Gadget"

  1. saya pun ada masa-masa benarkan anak-anak main phone
    tak nak dia addicted
    masa pergi rumah orang, memang tak bagi dia sentuh
    even orang datang, paksa tunjukkan muka

    ReplyDelete
  2. hari raya simpan semua gadget, enpon hanya untuk bergambar sahaja...hehehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...