Cek Kereta Sebelum Balik Kampung


ASSALAMUALAIKUM ...


Cek Kereta Sebelum Balik Kampung | Bismillah , pada saat gairah sangat nak balik kampung sambut raya ni , jangan lak lupa ya nak cek kereta tuh . Engine , tayar dan apa saja yang berkaitan dengan kereta lah serta tak lupa gak roadtax...heheheheee. Kalau tak reti wat sendiri , hantar jer kat workshop wat service engine dan alignment sekali . Jangan lupa pada brek dan sistem suspensi sebab ia komponen yang penting untuk pastikan kereta tu boleh dipandu dan diberhentikan dengan baik .


Cek Kereta Sebelum Balik Kampung


Cek Kereta Sebelum Balik Kampung


Siapa yang tak ghairah bila sebut nak balik kampung kan . Dalam pada ghairah tu , jangan dilupa keselamatan anda sekeluarga . Jangan sampai nanti kegembiraan di hari raya bertukar menjadi kesedihan pula . Beberapa hari sebelum melakukan perjalanan , pastikan :

1- Tayar kereta tak botak


Kalau dah botak terpaksa lah ganti yang berbunga , bukan apa untuk keselamatan semua penumpang yang ada dalam kereta tu termasuk lah pemandunya sekali . Tak seronoklah kalau ada berlaku kecelakaan atau sesuatu yang buruk atau yang sewaktu dengannnya . Kereta yang ada sistem ABS tidak dapat berhenti jika tayar yang digunakan haus , terutama sekali dalam cuaca basah . 

2- Periksa gak bacaan angin dan pam tayar jika perlu .


3- Berhati - hati memandu ketika / selepas hujan . 


Pada masa ni jalan memang lah licin dan bahaya sebab kesan hujan tuh telah menimbulkan satu lapisan minyak di permukaan jalan .

4- Jangan Gabra aka perlu tenang 


Apa yang paling penting ketika gairah untuk balik kampung , korang perlulah memandu dalam keadaan tenang , berhemah serta bertolak ansur dengan pemandu lain ketika melalui kesesakan jalan raya nanti . Jadi dapatlah korang pastikan semua orang berada dalam keadaan selamat . 



Cek Kereta Sebelum Balik Kampung


Sekiranya tidak memiliki disiplin yang tinggi dan tidak menghiraukan keselamatan orang lain , kita bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah orang lain juga .


Cek Kereta Sebelum Balik Kampung


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN



* NOTA :

Semoga anda selamat sampai ke destinasi .




~ Cetusan Minda ~ 



5 Responses to "Cek Kereta Sebelum Balik Kampung"

  1. tayar kereta 4 semuanya botak jd kitaorg decide xblk kg tahun ni. beraya di kl belah suami..
    Salam aidilfitri :)

    ReplyDelete
  2. Good tips..memang perlu check tu semua esp kalau perjalanan jauh.

    ReplyDelete
  3. yang mana nak travel jauh tu elok la memang service kereta..
    kalau dekat2 okay lagi..

    ReplyDelete
  4. keselamatan harus diutamakan...hihihi

    ReplyDelete
  5. Kena semak dulu sebelum balik kampung ..Hati2

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...