Assalamualaikum ...
Punjungan | Bismillah . Punjung merupakan satu aktiviti wajib bagi masyarakat Jawa sebelum menjelang eidul fitri . Punjungan selalunya akan diberikan kepada ibu bapa , keluarga mertua , ipar duai , besan , saudara mara dan jiran tetangga . Kalau satu kampung ada pertalian saudara , maka satu kampung jugalah kena menghantar pujungan .
Punjungan
Punjungan adalah pemberian berbentuk makanan juadah hari raya seperti ketupat , rendang , masak lodeh , mee goreng , sambal goreng , ayam masak semur , dodol dan kuih muih yang lainnya .
Pembukusan
Zaman dahulu , punjungan dilakukan dengan membungkus makanan di dalam daun pisang seperti membungkus nasi lemak . Selepas itu barulah semua bungkusan itu diletakkan ke dalam beg plastik . Untuk ibu bapa , besan dan mertua pula , makanan akan diletakkan di dalam rantang atau lebih dikenali dengan mangkuk tingkat .
Tradisi
Mengikut tradisi asal . punjungan akan dilakukan beberapa hari sebelum raya . Namun kerana masyarakat sekarang yang sibuk bekerja , punjungan telah dilakukan seawal minggu pertama Ramadhan lagi untuk elakkan dari tiada masa untuk masak dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa malah juga untuk berjimat dalam berbelanja .
Juadah Raya
Jadinya , seawal minggu pertama Ramadhan lagi , mereka sudah merasa juadah yang sepatutnya di makan di pagi raya . Selalunya , sehari sebelum raya , meja makan akan penuh dengan punjungan dari saudara mara sehingga tidak tahu mana yang mahu dimakan dahulu .
Masih Diamalkan
Sehingga kini , tradisi punjugan masih lagi diamalkan dikalangan masyarakat Jawa . Setiap tahun , sebelum balik kampung , kakak CM akan masak juadah raya sebagai punjungan untuk orang di kampung sebagai buah tangan menjelang eidul fitri .
Saya orang jawa dan dikampung saya masih lagi mengamalkan tradisi ni..
ReplyDeletebest kan...dapat bertukar tukar juadah
1st time dgr istilah punjungan ni....baru tauuu hehehe
ReplyDeletebetul tu...hidup jawa...:-))
ReplyDeletemmm... bagus juga tradisi nie... baru tau ada aktiviti macam nie dalam masyarakat Jawa
ReplyDeleteCM mesti orang jawa kan..terbaik la..
ReplyDeleteMula2 ingatkan Vee salah eja hehehe ..Ooo mmg sebutannya punjungan eaa ingatkan kunjungan ... Thanks sharing ...
ReplyDeletebaguslah tradisi ini...memang mengeratkan persaudaraan.
ReplyDeletedekat kampung saya dulu ada juga amalan ini. tetapi sekarang sudah semakin pupus
ReplyDelete1st time tau pasal ni. Thnks for sharing! :-)
ReplyDeletefirst time dengar.. nice share..
ReplyDeleteada..tapi dah berkurangan
ReplyDeletetahun ni boleh kira dengan tangan MIL dapat
tapi kalau tahun lepas...sampai rasa mok dah =)
wah bagus ni..sebab dapat mengeratkan siltaurrahim
ReplyDelete