Assalamualaikum ...
Kenapa Perlu Segerakan Qada' Puasa | Bismillah . Qada' puasa adalah puasa yang anda terpaksa tinggakan di bulan Ramadhan kerana haid dan nifas bagi perempuan juga kerana sebab lain seperti penyakit dan keuzuran . Bagi yang memang tidak mampu berpuasa kerana keuzuran dan penyakit , anda perlulah membayar fidyah mengikut hari puasa yang ditinggalkan .
Kenapa Perlu Segerakan Qada' Puasa
Bila selesai cuti raya , maka timbullah pula rumah terbuka . Rumah terbuka sudah menjadi tradisi di zaman ini . Walaupun anda perlu memenuhi jemputan rumah terbuka , itu tak bermakna anda tidak ada masa nak melakukan qada' puasa . Ini kerana ada tujuh hari dalam seminggu . Sesiapa yang berhutang puasa , adalah lebih baik disegerakan qada' puasanya . Ini kerana ...
1- Mati Tidak Menunggu Kita
Firman Allah yang bermaksud :
" dan ( ingatlah ), Allah tidak sekali - kali akan melambatkan kematian seseorang ( atau sesuatu yang bernyawa ) apabila sampai ajalnya ; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan . "
( QS Al - Munafiqun - 11 )
Bila kita sudah membayar qada' puasa Ramadhan , maka kita tidak menyusahkan waris kita bila kita tiba tiba dijemput menemui Allah secara tiba - tiba . Kita juga tidak tahu sama ada waris kita akan bayarkan fidyah untuk kita ataupun tidak .
2- Melakukan Puasa Sunat
Bila kita sudah menyelesaikan qada' puasa yang wajib , maka kita akan rasa lebih senang hati bila melakukan puasa sunat . Terlalu banyak sebenarnya puasa sunat yang menyusul selepas puasa enam Syawal . Antaranya di bulan Zulhijjah , Muharam dan seterusnya .
betul la tu...takut x sempat
ReplyDeleteJangan ada alasan untuk qada, itu bagaikan hutang kita pada Allah...
ReplyDeleteBgs info ni..hehehe
ReplyDeletebetol tu, sbb kalau nk puasa 6 syawal, seelok-eloknya habiskan puasa qada dulu..
ReplyDeleteAlamak..tersentap jugak baca..Ajal tidak menunggu kita. :(
ReplyDeleteTgh mencuba... Rasanya perkara wajib&sunat x boleh di sekalikn,...
ReplyDeleteperingatan yang bagus vee
ReplyDeletesaya pun sedang dalam proses mengqadakan puasa ni
bagus ni...akak juga sedang berusaha menggantikan puasa yang tertinggal
ReplyDelete