Penyakit Selsema Burung


Assalamualaikum ...

Penyakit Selsema Burung | Bismillah . Penyakit selsema burung yang juga dikenali sebagai ' Highly Pathogenic Avian Influenza ' ( HPAI ), walaupun kini sudah reda , namun kita tidak boleh ambil mudah tentangnya . Kita tetap perlu sentiasa bersedia kerana Penyakit Selsema Burung boleh membunuh . Penyakit Selsema Burung ini telah melanda pada 1918 , 1957 dan 1968 . 


Penyakit Selsema Burung


Penyakit Selsema Burung 


Penyakit Selsema Burung disebabkan oleh Vius Influenza type A dari kumpulan Orthomyxovirus . Virus Influenza terbahagi kepada tiga jenis iaitu A , B dan C . Perbezaan antegenik type A , B dan C Virus Influenza bergantung kepada glycoprotein yang menyelubungi virus ini iaitu ; antigen HA ( hemaglutinin ) dan antigen NA ( Nuraminidase ) . Virus Influenza type A boleh menjangkiti unggas , khinzir , manusia  kuda dan beberapa jenis mamalia lain , manakala type B dan C hanya menjangkiti manusia sahaja .

Najis unggas yang dijangkiti virus Influenza boleh mengandungi 107 partikal virus per gram dalam najis tersebut . Virus ini boleh bertahan di luar perumah dalam najis yang lembap selama 44 hari , manakala sehingga 4 hari dan sehingga 30 hari jika tersebar di tempat berair seperti parit dan kolam .

Petanda Simptom Jangkitan


Tanda - tanda klinikal pada binatang peliharaan ialah kadar kematian yang tinggi melebihi 20 peratus , petanda simptom penyakit selsema burung yang berkaitan adalah dengan sistem pernafasan , pengeluaran dan kualiti telur ayam yang menurun , ayam - ayam yang lemah dan tiada selera makan serta pembekakan pada bahagian kepala , mata dan kaki , pertukaran warna kebiruan pada balung kaki , pengeluaran cecair yang berlebihan dari hidung dan bersin serta tidak boleh berjalan dengan betul / seimbang dan cirit birit .

Cara Jangkitan Berlaku


Jangkitan penyakit selsema burung berlaku melalui sentuhan terus dengan cairan dari burung yang dijangkiti , terutamanya dari najis . Jangkitan juga berlaku melalui makanan , air , peralatan dan pakaian yang tercemar . Jangkitan pada anak ayam dalam mesin pengeram / incubator boleh berlaku melalui telur ayam yang tercemar pecah seasa pengeraman .

Tanda Jangkitan Pada Manusia


Tanda jangkitan pada manusia yang dijangkiti penyakit selsema burung adalah seperti
  • panas badan
  • sakit tekak / kerongkong
  • selsema
  • batuk
  • jangkitan mata
  • sesak nafas atau susah bernafas


Orang Yang Mudah Dijangkiti


Penyakit Selsema Burung didapati berjangkit dikalangan spesis burung seperti ayam , itik dan burung liar . Mereka yang mudah dijangkiti penyakit selsema burung adalah mereka yang terdedah secara langsung dengan burung - burung yang telah dijangkiti seperti mereka yang tinggal berdekatan dengan penternakan ayam , itik dan burung serta pekerja di ladang ternakan , rumah penyembelihan dan pasar .

Rawatan Penyakit


Sehingga kini belum ditemui vaksin atau rawatan untuk penyakit selsema burung ini di mana 70 peratus daripada mereka yang dijangkiti akan mati .

Kaedah Pencegahan


Terapat dua kaedah pencegahan iaitu diperingkat individu dan masyarakat

Peringkat Individu


Di peringkat individu , setiap orang mestilah berwaspada dengan menjauhi tempat - tempat yang dijangkiti wabak selsema burung . Sekiranya seseorang itu berada di kawasan wabak selsema burung pula , maka dia tidak boleh keluar dari kawasan tersebut kerana dia akan menjadi agen kepada wabak selsema burung tanpa disedarinya .

Peringkat Masyarakat


Manakala diperingkat masyarakat , pihak - pihak berwajib dan badan - badan yang bertanggungjawab mestilah mencari sumber yang mencetuskan wabak selsema burung dan membuat langkah - langkah kawalan supaya wabak selsema burung itu tidak merebak ke tempat - tempat lain .

Doa


Apabila kita diuji oleh Allah , maka kembalilah kepada Allah dengan melakukan segalan suruhan - Nya dan menjauhi segala larangan - Nya serta bertaubat kepada - Nya . Setelah itu , berserah diri dan berdoalah .

" Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan , aku berpegang teguh kepada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam tidak nyata , aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan tidak mati selama - lamanya . Semoga Engkau hindarkan kami , ya Allah , daripada bala dan wabak . Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap - tiap sesuatu . "


~ Sumber Informasi ~

1 Response to "Penyakit Selsema Burung"

  1. Pengetahuan tentang cara mengelak atau mencegahnya, kawalan dari pihak berwajib serta doa dan tawakal memang sangat penting. Lebih2 lagi penyakit ini belum ada vaksinnya.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...