Bagaimana Hujan Air Batu Terjadi



ASSALAMUALAIKUM ...

Bagaimana Hujan Air Batu Terjadi | Bismillah . Hujan air batu hanya berlaku kadang - kadang sahaja . Selalunya hujan air batu turun dalam pelbagai bentuk dan saiz . Ada hujan air batu yang turun dalam bentuk kepingan ais lutsinar atau separuh telap , bentuk bulat juga bentuk seperti ketulan garam kasar . Saiz hujan air batu juga pelbagai iaitu dari sekecil kacang pea sehinggalah sebesar bola golf .



Bagaimana Hujan Air Batu Terjadi


Bagaimana Hujan Air Batu Terjadi


Bagaimana hujan air batu terjadi adalah semasa cuaca panas yang disertai dengan kilat dan petir . Apabila titisan hujan membeku semasa lalu di kawasan udara sebelum sampai ke bumi , begitulah hujan air batu terjadi . 

Setitis hujan boleh membentuk hujan batu yang kecil . Bila ia turun sebagai hujan batu , ia boleh jadi bertembung dengan arus udara yang sedang naik dengan kuatnya . Kemudian , ia akan tertolak semula ke atas iaitu pada peringkat hujan turun . Titisan baru yang terbentuk akan bercantum dengan titisan hujan tersebut . Bila turun sekali lagi , melalui kawasan yang sejuk , titisan baru tadi akan mengembang dan membeku sehingga menjadi tebal dan berat . Ini sekali gus membolehkannya menembusi daya arus udara yang sedang naik sebelum jatuh ke bumi .


Hujan Air Batu Dalam Al - Quran


Hujan air batu sebenarnya telah diceritakan di dalam al - Quran di sebalik kita mendapat maklumat dari sudut sains hasil kajian para saintis .

Firman Allah yang bermaksud :

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. "
(Surah An-Nuur : 43)


Melihat Hujan Air Batu


Hujan air batu ini pernah terjadi semasa CM masih lagi di sekolah rendah . Pada masa itu , rumah yang berbumbungkan zink itu mengeluarkan bunyi yang kuat . Bunyi itu menjadikan kami keluar rumah untuk pastikan kenapa titis hujan yang keluar boleh memberikan impak yang kuat pada zink . Rupa berlaku hujan air batu . 


~ Sumber Informasi ~


13 Responses to "Bagaimana Hujan Air Batu Terjadi"

  1. pernah alami juga masa masih kecil .. siap amik makan lagi sbb ada kengkawan infom kalau mkn boleh jadi pandai... ishh memacam masa taim kecik2 ni...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tengok lagi cm...
    Hujan batu nie

    ReplyDelete
  3. samalah...masa kecik2 dulu ada la, atap zink bunyinya kuat sangat jatuh atas atap tu

    ReplyDelete
  4. samalah sis... dlu masa ujan2 lebat sampai leh kemek bumbung zink
    tapi org ckp klau dpt mkn hjan batu ni otak leh geliga... org2 tua yg ckp la.. he.,he

    ReplyDelete
  5. lama xjengah sini....hehehehe....

    nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah alami sendiri
    selalu dok tengok sendiri dan dari penceritaan orang
    kuasa ALLAH kan, tiada yang mustahil =)

    ReplyDelete
  7. kak tak pernah rasa @ tengok lagi hujan batu ni sis...

    ReplyDelete
  8. Masa kecik2 dulu..kalau org cerita pasal hujan batu, ingat dia org main2. Rupanya memang ada.
    Tapi belum pernah experienced yg real.

    ReplyDelete
  9. subhanallah...
    tak pernah lagi jumpa hujan batu ni..
    kalau jatuh atas kita, sakit dak eh?

    ReplyDelete
  10. hujan batu emas di negeri orang ..
    hujan batu di negeri sendiri..

    lebih baik ambik sahaja emas walaupun di negeri orang he..he..

    ReplyDelete
  11. Paling tak tahan klu hujan air batu jatuh kene cermin kereta.. pecah pulak.. aduii...

    ReplyDelete
  12. tak pernah jumpa lagi hujan batu ni

    ReplyDelete
  13. Pernah terkena hujan air batu ni, memang sakit la..macam orang baling batu kena badan..gitu la

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...