Rempah Ratus Pembunuh Sel Kanser


Assalamualaikum ...

Bismillah . Rempah ratus merupakan bahan perencah makanan hidangan di seluruh dunia . Di negara kita , rempah ratus seperti kayu manis , buah pelaga , cengkih , bunga lawang , halia , bawang putih dan lada hitam merupakan jenis rempah ratus yang lazim digunakan dalam masakan . Tanpa rempah ratus tersebut , hidangan ibarat lauk tanpa garam .


Rempah Ratus Pembunuh Sel Kanser


Rempah Ratus Pembunuh Sel Kanser


Tanpa anda sedari , penawar bagi penyakit yang telah lama anda deritai mungkin berada tidak jauh dari anda iaitu di dalam kabinet dapur anda sendiri . 

Kajian disempurnakan oleh sekumpulan saintis Pusat Kanser Komprehensif , University Of Michigan itu membuktikan sekurang - kurangnya beberapa rempah ratus popular berupaya memperlahankan atau menghalang pertumbuhan kanser .

Kajian berasingan telah membuktikan kebolehan rempah ratus seperti halia , kulit kayu manis , cengkih dan lada benggala membantu merawat pelbagai jenis penyakit .

Rasa Pedas 


Beberapa penyelidikan berkaitan telah melaporkan bahawa bahan  yang menyebabkan rasa pedas di dalam cabai berupaya membuatkan sel - sel kanser prostat ' membunuh diri ' . 

Halia misalnya , dikatakan mampu membunuh sel - sel kanser ovari manakala sebatian yang membuatkan cili terasa pedas boleh mengecutkan tumor pankreas . 

Kulit kayu manis pula dikatakan mampu meningkatkan fungsi insulin sementara cengkih pula dapat menurunkan paras kolesterol . Masing - masing bermanfaat untuk penyakit diabetes dan jantung .

Terdahulu , sekumpulan penguji kaji Amerika menerusi jurnal Penyelidikan Kanser berkata , lada benggala mencetuskan proses yang menyebabkan sehingga 80 peratus sel - sel kanser mati .

Masakan Rumah Lebih Berbaloi


Berdasarkan kajian di atas , dapatlah CM rumuskan bahawa masakan dirumah itu lebih berbaloi kerana anda boleh sahaja meletakkan segala jenis rempah ratus dalam masakan anda berbanding jika anda makan di luar terutama restoran segera seperti KFC , McDonald , Pizza Hut dan seumpamanya yang sudah pasti menjadi penyumbang lemak dalam badan anda .



~ Cetusan Minda ~


9 Responses to "Rempah Ratus Pembunuh Sel Kanser"

  1. Thanks for the tips. Siapa sangka makanan yang secara langsung atau tidak langsung, rupanya menjadi penawar kepada penyakit yang bahaya.
    Setuju about masak kat rumah lagi bagus...cuma kadang2, tak berapa nak rajin esp kalau tengah betul2 busy..hehe

    ReplyDelete
  2. cuma masak sendiri perlukan kerajinan...lepas masak dan makan perlu basuh pinggan mangkuk lagi...kerja rutin tu

    ReplyDelete
  3. oo bru tahu tapi alhamdullilah mmg kerap guna rempah ratus suma tu..

    ReplyDelete
  4. wah ! bagus ni, mmg rempah ratus ni wajib ada dalam masakan di rumah ;)

    ReplyDelete
  5. Makanan segera memang cepat membunuh kan?

    ReplyDelete
  6. sy kalau masak kari wajib guna rempah ratus....hehehehhe

    ReplyDelete
  7. Thanks sharing info ni CM.. melawat vivy yusof yg baru je muncul di promo content.. :)

    ReplyDelete
  8. Baru tahu yang rempah ratus tu bagus...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...