Tarawih - Antara Berjemaah Dan Sendirian


Assalamualaikum ...

Tarawih - Antara Berjemaah Dan Sendirian | Seperti diketahui umum , solat Tarawih boleh dilakukan secara sendirian dan juga berjemaah . Tempoh masa yang panjang bermula selepas Isyak sehingga sebelum fajar memudahkan anda melakukannya mengikut kelapangan waktu dan keselesaan anda .  Untuk mengetahui antara solat Tarawih sendirian atau berjamaah lebih baik , kita ikuti penjelasan di bawah .


Tarawih - Antara Berjemaah Dan Sendirian


Solat Terawih Sendirian


Solat Terawih secara sendirian dilakukan sama seperti solat - solat sunat lainnya . Dilakukan sebanyak dua rakaat bermula dengan takbiratul ikhram dan disudahi dengan memberi salam kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat sehingga sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki ( lapan , dua puluh dan sebagainya ) . Bacaan dalam sembahyang juga rukun - rukun dan sunat - sunat dalam sembahyang adalah sama seperti sembahyang yang lainnya . Beza dengan solat sunat lainnya hanyalah melalui niat .

Rasulullah saw telah memberikan contoh kepada kita dalam pelaksanaan solat tarawih ini. Namun setelah berjalan tiga malam, beliau membiarkan para sahabat melakukan tarawih secara sendiri-sendiri, sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis dari A’isyah ra. 

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِِ أَوِ الرَّابِعَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ: قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ، وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوْجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيْتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ. وَذَلِكَ فِيْ رَمَضَانَ 
“Sesungguhnya Rasulullah saw pada suatu malam solat di masjid lalu para sahabat mengikuti solat beliau, kemudian pada malam berikutnya (malam kedua) beliau solat maka manusia semakin banyak (yang mengikuti solat Nabi saw), kemudian mereka berkumpul pada malam ketiga atau malam keempat. Maka Rasulullah saw tidak keluar pada mereka, lalu ketika pagi harinya beliau saw bersabda: ‘Sungguh aku telah melihat apa yang telah kalian lakukan, dan tidaklah ada yang mencegahku keluar kepada kalian kecuali sesungguhnya aku khawatir akan diwajibkan pada kalian,’ dan (peristiwa) itu terjadi di bulan Ramadhan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Solat Tarawih Berjamaah


Solat Terawih berjamaah boleh dilakukan di masjid juga dirumah bersama ahli keluarga . Keutamaan solat tarawih berjamah berdasarkan hadis: Abu Dzar Al-Ghiffari Radhiallahu ‘anhu :

Kami shaum Ramadhan bersama Rasulullah, dan beliau tidak melakukan qiyamullail berjamaah bersama kami, hingga hitungan puasa tinggal 7 hari (malam ke 23), maka Rasulullah mengajak kami untuk qiyamullail berjamaah hingga berlalu sepertiga malam, lalu  beliau tidak menegakkannya lagi ketika Ramadhaon sisa 6 hari (malam ke-24) dan berjamaah kembali ketika sisa lima hari (malam ke-25) sampai berlalu pertengahan malam, kami pun lantas bertanya. “Wahai Rasulullah, apakah tak sebaiknya engkau sisakan sebahagian malam ini agar kami solat sendiri?”. Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya, barang siapa yang solat bersama imam hingga selesai solat, ia akan mendapatkan ganjaran solat semalam suntuk
Sumber Bacaan:  Muhammad Nashiruddin Al-Albani,  Shalat Tarawih Menurut Tutunan Rasululah.

Solat Tarawih Sendirian Atau Berjamaah Lebih Baik


Solat Sendirian Atau Berjamaah Lebih Baik ?


Banyak pendapat yang dibahaskan mengikut pelbagai mazhab . Anda boleh rujuk di SINI . 
Sesungguhnya , bersolat tarawih secara bersendirian ini adalah dari zaman Nabi Muhammad s.a.wmasih hidup dan kekal sehingga lah pada zaman ‘ Umar al Khattab ianya diubah . Iaitu apabila Omar mengumpulkan orang ramai untuk mengerjakan solat tarawih ini secara berjemaah
Daripada ‘Abdul Rahman bin ‘Abdul Qari yang berkata : 
Pada satu malam di bulan Ramadan aku keluar bersama ‘Umar al-Khaththab r.a ke masjid . Di dapati orang ramai berselerakan . Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya . 
‘Umar berkata : “ Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik . ” Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan oleh) Ubai bin Ka’ab . Kemudian aku keluar pada malam lain , orang ramai bersolat dengan imam mereka (yakni Ubai bin Ka’ab) . Berkata ‘ Umar : “Sebaik-baik bidaah adalah perkara ini , sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam) . ” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya no: 2010

Disimpulkan bahawa, mereka lihat sendiri, Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w. tidak menjadikan nya solat jamaah (sempat 3 kali sahaja orang Madinah ikut di belakang sebagai makmum) sebelum Rasulullah s.a.w. solat sendirian Tarawih itu terus sehingga akhir hayat Baginda. Namun ada hujah-hujah para sahabat yang mengajak agar umat Islam berbuat sebaliknya.. Alasan nya ada dinyatakan terdahulu .




3 Responses to "Tarawih - Antara Berjemaah Dan Sendirian"

  1. kalo saya buat kat surau berjemaah..kalo buat sorang2 tak mampu rasanye.huhu

    ReplyDelete
  2. sy solat sendirian....kerana ikut kesesuaian masa... :)

    ReplyDelete
  3. 1-15 ramadan sy tarawih di rumah 15-30 sy buat kat masjid...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...