Allah Tidak Menganiayai Mereka


Assalamualaikum ...

Bismillah . Hari ini CM nak berkongsi keratan akhbar yang CM simpan sudah sekian lama untuk manfaat bersama . Firman Allah yang bermaksud :

" BANDINGAN apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini ( sekalipun untuk amal - amal yang baik ) samalah seperti angin yang membawa angin yang aat sejuk , yang menimpa tanaman kaum yang menganiayai diri mereka sendiri lalu membinasakannya , dan ( ingatlah ) Allah s.w.t. tidak menganiayai mereka tetapi merekalah yang menganiayai diri sendiri . "
( Ali - Imran : 117 )

Allah Tidak Menganiayai Mereka



 Allah Tidak Menganiayai Mereka


Allah s.w.t. menjelaskan tentang kesudahan amalan yang dilakukan oleh orang kafir pada hari kiamat . Mereka ini terdiri daripada orang Yahudi , munafik dan musyrik . Walaupun mereka bangga dengan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki di dunia dan membelanjakan harta tersebut untuk amalan - amalan kebajikan , tetapi ia dibelanjakan untuk kepentingan dunia , riak , kedudukan dan kebanggaan . Bahkan ia dibelanjakan untuk menentang Islam .

Oleh itu segala yang dibelanjakan itu diumpamakan seperti angin sejuk yang menimpa tanaman lalu memusnahkannya dan pemiliknya akan rugi dan menyesal .

Begitullah Allah s.w.t. menghapuskan pahala terhadap amalan yang dilakukan oleh orang kafir di dunia seperti Allah s.w.t. menghilangkan hasil tanaman kerana dosa - dosa pemiliknya . Tindakan ini bukan kerana Allah s.w.t. bersikap zalim terhadap mereka . Sebenarnya mereka menzalimi diri mereka sendiri kerana tidak beriman dan tidak taat kepada Allah s.w.t. dan mereka selalu melakukan kerosakan di muka bumi .

Amalan orang kafir ditolak pada hari kiamat ( walaupun amalan tersebut merupakan sedekah untuk kebaikan ) kerana tiada keimanan dalam diri mereka dan amalan dilakukan atas dasar kekufuran .

Ganjaran Pahala


Balasan kepada amalan kebajikan yang dilakukan adalah bergantung kepada akidah dan iman seseorang . Sekiranya amalan tersebut dilakukan oleh orang kafir , maka setiap amalan tersebut akan menjadi sia - sia dan membawa bencana kepada dirinya sendiri , tetapi sekiranya amalan tersebut dilakukan dengan keimanan dan keikhlasan maka ia akan memperoleh ganjaran pahala yang melimpah - ruah di akhirat .


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )



~ Cetusan Minda ~


9 Responses to "Allah Tidak Menganiayai Mereka"

  1. bezanya bila kita bersyukur...walaupun dorang ada banyak wang dan kekayaan, mereka tak bersyukur tu yg sentiasa rasa tak cukup :')

    ReplyDelete
  2. kalaulah mereka sedar waktu hidup di dunia.....

    ReplyDelete
  3. Setiap amalan kita perlu dibuat dgn ikhlas..barulah mendapat pahala dan gnjaran drpd Allah

    ReplyDelete
  4. Hanya Allah yang layak menilainya... Apa yg penting, teruslah melakukan kebaikan kerana Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  5. Terima kasih diatas perkongaian ini.. bersyukur dgn segala yg diperolehi

    ReplyDelete
  6. Terima kasih perkongsiannya dear

    ReplyDelete
  7. Orang yang tidak beriman pada Allah je yang fikir Allah aniaya mereka.

    ReplyDelete
  8. Biarlah Allah sahaja yang menghakiminya..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...