Bismillah . Setiap orang yang bekerja , perlu membuat bajet gaji mereka supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup . Bajet ini bukan sekadar untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi malah juga dapat memastikan anda ada simpanan yang cukup untuk menampung anda bila sudah bersara . Pun begitu , tidak semua orang dapat melakukan perancangan kewangan dengan baik . Keadaan itu berlaku bukan sekadar kerana nafsu mengatasi keperluan tetapi juga insiden - insiden yang tidak dijangkakan seperti merawat penyakit dan berlaku kemalangan .
Tips Merancang Kewangan Anda
Merancang kewangan dalam kehidupan adalah perlu . Walaupun gaji anda kecil , tetapi sekiranya dibelanjakan dengan baik , anda tetap dapat meneruskan kehidupan dengan baik . Malah boleh juga beri keselesaan hidup kepada anda . Tips merancang kewangan berikut mungkin mampu membantu anda .
1. Jika anda bekerja, tambah baik diri supaya dinaikkan gaji. Sama ada sambung belajar secara part-time sambil bekerja. Faktor kelulusan banyak mempengaruhi gaji seseorang di banyak syarikat atau sektor kerajaan.
2. Tukar kerja yang lebih tinggi gajinya, cuma masalah ini hanya berbentuk strategi jangka pendek atau tambah baik ilmu atau kemahiran diri untuk melayakkan diri mendapatkan gaji yang lebih tinggi.
3. Berniaga atau membuat pelaburan sama ada secara sepenuh masa atau sampingan. Cuma jangan mula dengan modal yang besar serta mestilah sedia untuk belajar ilmu berniaga dan melabur sama ada melalui membaca buku yang bagus atau hadir seminar yang terbukti melahirkan ramai yang berjaya.
4. Yang paling penting adalah belajar uruskan duit kerana duit sikit boleh jadi banyak jika diurus dengan baik. Begitu juga sebaliknya, banyak boleh jadi sedikit atau habis jika tidak pandai uruskan.
5. Tahan nafsu. Stop belanja makan di luar. Kurangkan window shopping. Kurangkan ke tempat yang mampu “menggalakkan” kita berbelanja mengikut “nafsu”. Kurangkan kos, kurangkan kos dan kurangkan kos.
6. Simpan duit, simpan duit dan simpan duit. Ini nasihat yang paling asas sebelum anda ada ilmu “memberanakkan” duit. Walaupun belum tahu berniaga atau melabur, anda mesti simpan sedikit duit secara berdisiplin. Set sasaran atau target berapa anda mesti simpan setiap bulan dan duit itu TIDAK BOLEH digunakan langsung melainkan bila ada ilmu pelaburan.
7. Jangan sertai skim cepat kaya atau meminjam untuk masuk skim cepat kaya. Berhati-hati dengan pelbagai skim yang boleh “menghilangkan” duit anda apatah lagi jika ianya di senarai hitam oleh Bank Negara.
8. Sedekah sedikit. Sebab sedekah telah terbukti memberikan keberkatan kepada rezeki kita. Cuba mulakan dengan jumlah yang paling kecil yang kita mampu dan lakukan secara konsisten. Anda akan merasai keberkatannya nanti.
~ DR. Azizan Othman ~
Pengurusan gaji yang sistematik dapat bantu anda di hari tua kelak . Sama ada ianya berjaya atau tidak , ianya bergantung kepada anda sendiri . Merancanglah dari sekarang demi hari tua yang lebih baik dan menggembiakan .
~ Cetusan Minda ~
Tips yang sangat terbaikkkk memberi semangat kepada sya'akan sy noted kan dlm diari insyaAllah'syukran jazilan.
ReplyDeletebetul tu,nice entri...dah lagi 1,perlu juga hulur kepada ibu bapa,insyaAllah gaji akan mencukupi sebab adanya keberkatan..
ReplyDeletenice tips...
ReplyDeleteSelalunya memang merancang tapi... Itulah, ada saja yang diluar rancangan berlaku. huhu
ReplyDeleteSatu lagi - beli barang ikut kemampuan dan keperluan dan bukan ikut nafsu...
ReplyDeletemenarik tips-tips ni..betul, duit gaji kalau banyak mana pun bila tak pandai diurus akan selalu rasa tak cukup
ReplyDeletePasal kewangan ni kita memang perlu bijak merancang. Kalau gagal, haru biru juga hidup dibuatnya. If you fail to plan, you plan to fail.
ReplyDeleteBerdikit2 dahulu..bermewah2 kemudian..;)
ReplyDeletesweet la header baru tu..tenang je tengok..
ReplyDeletetips no.8 sangat bagus..tak boleh diperikaikan lagi..
ReplyDeleteBetul. Duit banyak habis kerana perkara kecemasan
ReplyDeleteSaya setuju dengan semua tips yang dituliskan di atas terutamanya bab infak,
ReplyDeletetidak akan miskin kita bila rajin memberi in sya allah. Apa pun bak pepatah
orang tua-tua janganlah tebal kerak dari periuk.
aah, betul..kewangan..dah kena pndai mnyimpan sbb dah mula bkerja..
ReplyDeleteZumal bab duit nie paling sakit kepala... hehe ^-^
ReplyDeleteZaman skrng ni klu merancang pun ada yg terkucil, apatah lagi klu tak merancang.. mmg sengkek jadinya nanti... makan maggi je hari2.. :D
ReplyDeletesy suka yg last tu...makin bersedekah makin banyak rezeki yg dtg...
ReplyDelete