Berhimpun Bersolidariti Haram


Assalamualaikum ...

Bismillah . Semalam , muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah menegaskan bahawa upcara ' candlelight vigil ' atau berhimpun bersolidariti sambil menyalakn lilin adalah dilarang dilakukan oleh umat Islam kerana ia menyerupai upacara agama lain 

Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah berikutan berlakunya perhimpunan solidariti yang dilakukan oleh penyokong Datuk Anwar Ibrahim di luar penjara Sungai Buloh sebagai simbol kebebasan kepada ketua pembangkang itu .


Berhimpun Bersolidariti Haram


Berhimpun Bersolidariti Haram


Seperti yang kita semua maklum api dan cahaya adalah amalan yang sangat rapat dengan agama lain seperti Kristian , Buddha dan juga Hindu . Sedangkan Islam dengan jelas telah melarang umatnya melakukan , meniru juga sesuatu yang menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam . Atas sebab ini , Majlis Fatwa Kebangsaan menfatwakan berhimpun bersolidariti haram .

"Muzakarah  Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009  telah memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti 'candlelight vigil' kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam," menurut kenyataan muzakarah tersebut yang dikeluarkan menerusi laman rasmi Facebook Fatwa Malaysia.

Hukum berhimpun bersolidariti haram berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. dalam  Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak " . (Riwayat Muslim)

Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

" Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak " .  (Riwayat Muslim)

Sinar Harian


Majlis Fatwa Kebangsaan diwujudkan untuk membantu umat Islam dalam memberi panduan yang tepat . Maka adalah lebih baik kita patuh dari menganggapnya sebagai perkara remeh . CM harap tiada lagi upacara ala - ala ' candlelight vigil '  selepas ini .



~ Cetusan Minda ~




17 Responses to "Berhimpun Bersolidariti Haram"

  1. singgah pagi di sini...toksah lah buat upacara macam ni yang dah sah2 salah di sisi agama...

    ReplyDelete
  2. kenapa laa benda2 mcm ni cpt je ditiru...

    ReplyDelete
  3. betul..tapi benda macam ni susah nak ditegur sebab nanti dikata sebab politik.huhu.

    ReplyDelete
  4. Perkara yang dah jelas haramnya jangan la dibuat lagi..

    ReplyDelete
  5. Orang sekarang dah tak peduli tentang fatwa Majlis Fatwa, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tengoklah berapa ramai dari kalangan orang yang sangat rapat dengan kita masih merokok, malah ustaz dan imam pun ramai yang merokok, sedang Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa sejak 21 tahun yang lalu bahawa merokok haram di sisi Islam. Tapi berapa ramai orang yang peduli dengan fatwa Majlis Fatwa pada hal fatwa itu bukan baru, dah 21 tahun!!

    ReplyDelete
  6. selalunya...perbuatan manusia ni selalu didorang nafsu daripada gunakan akal...hmmm -___-

    ReplyDelete
  7. Betul tu.. pengaruh dari agama lain mmg tak baik laa.. tak setuju mana pun jngn smpi lari akidah...
    Iklan sepi di awal petang ni..

    ReplyDelete
  8. dah lama tak bercandle-candle ni. candle di rumah utk kes blackout saja

    ReplyDelete
  9. benda macam ini orang langgar macam biasa sahaja..apatah lagi meninggalkan yang solat wajib

    ReplyDelete
  10. Kdg bila ikut perasaan cenggini laa jadinye..

    ReplyDelete
  11. Entah apa² la..senyum sampai telinga tauke buat dan jual lilin..

    ReplyDelete
  12. Ada pelbagai cara lagi yang lebih elok dan tidak bertentangan agama kalau nak protes... Ini dah macam ada agenda lain jer...

    ReplyDelete
  13. Ini dh jd kes haram kalau kita ikut serta.. lebih baik xpayah buat

    ReplyDelete
  14. Isk macam-macam je orang zaman sekarang kan....buat benda ikut hawa nafsu je

    ReplyDelete
  15. Yang jelas haram...x yah la nak buat

    ReplyDelete
  16. mcm mana dengan konsert, jakim x keluarkan fatwa

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...