Berkongsi Manfaat Yang Terperap


Assalamualaikum ...

Bismillah . Sebelum adanya media sosial seperti facebook dan blog , CM rajin menyimpan keratan akhbar . Banyak rencana di akhbar yang CM rasa menarik , CM akan gunting dan simpan . Lagipun pada masa tu . CM belum ada lagi Astro . Jadi masa senggang dalam bilik pun banyak . Tahap tak tahu nak buat apa . Tv masa tu cuma ada tv1, tv2, tv3 dan ntv7 je . Bila program tv tak ada yang menarik , maka membelek suratkhabarlah pilihan yang ada .


Berkongsi Manfaat Yang Terperap



Berkongsi Manfaat Yang Terperap


Jenis keratan akhbar yang CM ada antaranya kalamullah , huraian hadis , petua , khasiat tumbuhan dan banyak lagi lah . Bila dua hari lepas ternampak keratan kalamullah yang banyak itu , maka CM fikir ada baiknya CM kongsikan di blog . Bukan sekadar berkongsi manfaat yang terperap bersama pembaca , malah boleh menjadi perkongsian yang berpanjangan serta mendapat pahala juga .

Berkongsi Manfaat Yang Terperap


Masa tahap rajin mengumpul keratan akhbar tu , CM ada buat buku seperti di atas tu . Di dalam tu CM tampal keratan akhbar mengikut kumpulan . Tapi kerajinan tu cuma separuh jalan je . Sekarang pula dah tak rajin nak sambung sebab dah ada blog dan internet yang boleh dapat maklumat tentang apa sahaja dengan sangat cepat . 

Justeru itu , mulai dua hari lepas , CM kongsikan kalamullah dan huraian hadis tersebut dalam blog ini bersama pembaca semua . Semua artikel tersebut adalah terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) yang dipaparkan di suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian .

Semoga perkongsian artikel berkenaan akan memberi manfaat serta ilmu baru kepada pembaca sekelian dan CM juga  .



~ Cetusan Minda ~



13 Responses to "Berkongsi Manfaat Yang Terperap"

  1. Moga dengan perkongsian ilmu dpt dimanfaatkan semua yg membaca nye :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..sharing is caring..

    ReplyDelete
  3. Ilmu memang untuk dikongsi.. terima kasih kak :)

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee rajinnya kerat suratkabar.

    ReplyDelete
  5. Ha ah... dulu2, inilah yang dilakukan... simpan keratan akhbar. Ilmu cukup dihargai... Sekarang...hanya dihujung jari.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...hobi mengisi masa lapang boleh memberi manafaat pada ramai orang...

    ReplyDelete
  7. Sama mcm mak sy.. suka simpan keratan akhbar yg ada tips dan petua..

    ReplyDelete
  8. Dulu zumal suka gak ambil keratan yang ada kata-kata indah tapi masa pindah rumah hilang entah ke mana...

    ReplyDelete
  9. Awak ni mmg seorang yg rajinlah Vee... Sama mcm my mil hihi...Mil rajinlah kalau gunting gunting artikal ilmiah mcm ni....menantu dia hancur haha....

    ReplyDelete
  10. Bagusnya, CM.
    Saya xsimpan pun.
    Dulu adalah simpan article sikit. Tapi dah terbuang kot.

    ReplyDelete
  11. Bagus diteruskan..
    Kita ramai2 datang sini...tunggu perkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  12. bolehla berkongsi di sini ye...semiga kita sama-sam dapat manfaatnya.. :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...