Kejatuhan Islam Di Andalus


ASSALAMUALAIKUM ...

Bismillah . Salam Jumaat . Semoga hari ini memberi keberkatan kepada kita semua . Esok 14 Februari adalah hari valentines day yang diraikan oleh orang kafir . Masih adakah orang Islam yang meraikannya ? Jawapannya ada . Walaupun sudah dikhabarkan tentang sejarah wujudnya hari valentines day ini , namun kedegilan manusia memng sukar untuk dibendung . Mengikut sejarah, hari valentines day wujud disebabkan kejatuhan Islam di Andalus .


Kejatuhan Islam Di Andalus




Kejatuhan Islam Di Andalus


Sejarah menceritakan bahawa kerajaan Islam Andalus Sepanyol , telah bertapak selama 500 tahun sebelum dijatuhkan oleh tentera - tentera Kristian .

Sejarah bermula dengan apabila penduduk Islam Granada telah berlindung di rumah masing - masing sedangkan tentera Kristian nak mereka semua keluar dari bumi Andalus . Maka tentera Kristian memberi mereka tawaran untuk keluar belayar dari bumi Sepanyol membawa segala barang keperluan menggunakan kapal - kapal yang disediakan .Bila mereka pasti kapal - kapal tersedia , mereka pun bersiap - siap untuk keluar .

Keesokan harinya , 1 April , mereka keluar beramai - ramai menuju pelabuhan . Bila tentera Kristian nampak mereka dah keluar rumah , maka para tentera tersebut pun geledah dan bakar rumah mereka . Penduduk Islam Andalus juga tak sempat naik kapal sebab kapal - kapal dah dibakar . Dengan kejamnya para tentera Kristian telah membunuh mereka semua termasuk wanita dan anak - anak kecil .

Peristiwa berdarah ini diraikan oleh para tentera Kristian sebagai " APRIL FOOL " . Maka mana - mana Muslim yang meraikan April Fool , samalah juga mereka meraikan pesta berdarah saudara mereka sendiri !

Tarikh 14 FEBRUARI 1492 adalah hari kejatuhan Islam di Andalus sepenuhnya apabila bandar terakhir yang dikuasai Granada jatuh ke tangan tentera Kristian . Paderi Pedro St. Valentino telah mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari ' berkasih sayang ' atau VALENTINE DAY . Valentino dianggap kekasih rakyatnya apabila berjaya menumbangkan kerajaan Islam di Cardova .


Jangan Jadi Pak Turut


Moralnya ialah , siasat dulu sejarah perayaan sebelum kita join sama menyambutnya . Jadi bahaya kalau ia berkaitan dengan Islam dan boleh menggugat aqidah kita . 



Jangan jadi pak turut semata -  mata mahu merasai keseronokan dalam hubungan . Anda boleh sahaja meraikan seseorang yang anda sayangi pada bila - bila masa . Bukan hanya pada 14 februari sahaja yang jelas mengikut acara perayaan orang kafir . Dalam Islam kita juga dianjurkan supaya  sentiasa berkasih sayang tidak kira masa dan ketika .




~ Cetusan Minda ~



6 Responses to "Kejatuhan Islam Di Andalus"

  1. Setiap hari adalah hari berkasih sayang

    ReplyDelete
  2. nice share.. baru je dgr khutbah jumaat semalam bertajuk 'bahana hari kekasih'.. heheh

    ReplyDelete
  3. kdg kita ni suka ikut barat sedangkan kita tak tau nape diorg celebrate...kita jd pak turut jerr..

    ReplyDelete
  4. syg nyer...masih ramai yg meraikannya terutama di kalangan org islam

    ReplyDelete
  5. Perkara yg perlu kita semua sedar dan ajuhi terutama generasi muda sekarang ni...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...