Khasiat Cendawan Matsutake


Assalamualaikum ...

Khasiat Cendawan Matsutake | Bismillah . Cendawan merupakan makanan yang berkhasiat . Bagi seorang vegetarian , cendawan dapat menggantikan daging kerana khasiatnya yang sama . Cendawan sangat lazat jika dimasak sup , goreng tepung dan menjadi campuran kepada masakan lain . Malah terdapat banyak jenis cendawan di dunia ini sama ada yang boleh dimakan juga yang tidak boleh dimakan .

Cendawan Matsutake 


Cendawan Matsutake merupakan sejenis kulat yang terdapat di Jepun . Dalam masakan Jepun , cendawan Matsutake merupakan bahan masakan yang paling penting . Cendawan Matsutake sangat mahal di Jepun . Ini kerana Cendawan Matsutake sukar ditanam kerana perlukan penjagaan yang teliti . Harganya boleh mencecah lebih RM6k di Jepun .




Khasiat Cendawan Matsutake


Banyak khasiat cendawan Matsutake kepada kesihatan tubuh anda . Antaranya , cendawan Matsutake boleh ;

1- Menghilangkan keletihan , kelemahan fizikal dan kesihatan kepada keseluruhan tubuh 


Kandungan polisakarida dalam cendawan Matsutake sangat berkesan dalam meningkatkan imuniti tubuh anda .

2- Mencegah kanser 


Alkohol ( RNA ) yang terkandung dalam cendawan Matsutake dapat menghalang sel - sel kanser dari merebak malah dalam keadaan tertentu dapat membunuh terus sel - sel kanser yang ada galam tubuh .

3- Merawat penyakit kardiovaskular 

Cendawan Matsutake berkesan dalam mencuci darah , mengurangkan kolesterol dalam darah , memekatkan darah seterusnya dapat merawat dan mencegah penyakit kardiovaskular .

4- Merawat sakit diabetes

Cendawan Matsutake dapat meningkatkan tahap insulin , mengurangkan tahap gula dalam darah dan mempunyai kesan hipoglisemik secara langsung dalam pemulihan rawatan sakit kencing manis .

5- Baik untuk wanita mengandung dan selepas bersalin 

Cendawan Matsutake menjadi nutrisi tambahan bagi wanita hamil di La Matsutake . Nutisinya mudah menyerap dan menyeimbagkan kesihatan mereka . Mereka mereneh cendawan Matsutake bersama ayam .

6- Anti penuaan dan kecantikan wanita

Memakan cendawan Matsutake dalam jangka panjang boleh mengurangkan jumlah radikal bebas , meningkatkan imuniti dan melambatan proses penuaan . Polisakarida yang terdapat dalam cendawan Matsutake boleh menghalang pembentukan melanin dan dapat memutihkan kulit .

7- Mengubati senak dan motilitas gastrik

Perubatan tradisional Cina menggunakan cendawan Matsutake untuk mengubati senak dan gastrik .




Nasi Cendawan Matsutake


Nasi cendawan sangat popular ketika musim luruh melanda Jepun . Cendawan Matsutake sering digunakan dalam menyediakan nasi cendawan ini . Ini kerana pada ketika itu cendawan Matsutake mudah didapati dan ianya sangat digemari oleh rakyat Jepun kerana khasiatnya . Berbaloi memakan nasi cendawan Matsutake kerana banyak khasiatnya terutama dalam mencegah kanser walaupun harganya sangat mahal .



~ Cetusan Minda ~



9 Responses to "Khasiat Cendawan Matsutake"

  1. Ohh..byk juga khasiat cendawan matsutake ni ya walaupun mahal skit... boleh di cari ni..

    ReplyDelete
  2. nampak luaran je buruk cendawan ni tetapi banyak sungguh khasiatnya.

    ReplyDelete
  3. Mahalnya.. klu kat malaysia ni walaupun bnyk khasiatnya, dgn harga mcm tu boleh buat sakit poket pulak... bak kata hj bakhil.. "demammm" hehee.. gelak ketawa bersama mr potato.. :D

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum....vee,

    terima kasih info pasal cendawan nie... rasa mselim3 baru tahu pasal cendawan nie...

    mselim3

    ReplyDelete
  5. tak terdayalah saya memakannya, vee. dapat cendawan shiitake fresh yg dibawa turun dari gunung jerai pun dah rasa syukur sangat...dalam rm40 sekilo

    ReplyDelete
  6. Teringin nak rasa....
    tgk gambar tu macam sedap

    ReplyDelete
  7. wah. byk btol kelebihan cendawan ni.

    ReplyDelete
  8. Banyak khasiat cendawan Matsuke ni. Saya memang feveret makan cendawan
    , tak kira pa jenis sekali pun. Tapi cendawan Matsuke ni je yang saya kalah - tak
    berapi nak rasi dengan tekak.

    ReplyDelete
  9. sy xpernah mkn cendawan ni...nmpk mcm sedap klau buat nasik...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...