Harga Jalur Lebar Diturunkan


Assalamualaikum ...

Bismillah . Jalur lebar atau selalu dan biasa anda panggil sebagai perkhidmatan internet melalui penggunaan broadband , telefon pintar juga talian tetap , sah akan turunkan harganya . Selama ini kita sebagai pengguna memang tidak ramai yang tahu secara tepat adakah syarikat telco benar - benar memberi perkhidmatan jalur lebar kepada pelanggannya sebagaimana yang disebutkan di dalam pakej yang mereka tawarkan . Sedangkan internet dengan kehidupan pengguna tidak dapat dipisahkan sama ada ianya sekadar untuk berhibur juga untuk melakukan pekerjaan serta mencari maklumat .


Harga Jalur Lebar Diturunkan



Harga Jalur Lebar Diturunkan


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek , Menter Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan bahawa harga jalur lebar akan diturunkan bagi talian mudah alih sebanyak 14% dan tetap pula sebanyak 57% selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet .


Perkhidmatan Tetap Jalur Lebar


Telekom Malaysia , penyedia kepada perkhidmatan tetap jalur lebar akan menururnkan harga dari RM88 kepada RM38 sebulan bagi 1Mbps penggunaan data percuma sehingga  1 GB bagi pakej jalur lebar asas sebulan . Kadar ini menurun sebanyak 57% dari harga asal .


Harga Jalur Lebar Diturunkan

Perkhidmatan Mudah ALih Jalur Lebar


Perkhidmatan mudah alih pula telah menawarkan pakej serendah RM25  sebulan dengan data penggunaan sebanyak 1 GB dan sekurang-lurangnya 3G-HSPA bagi  kedua - dua penggunaan pasca bayar dan prabayar . Perkhidmatan ini akan berjalan serta merta .

Berita Gembira Buat Pengguna 

Penurunan harga jalur lebar yang dinantikan pengguna ini sesungguhnya sangat perlu ketika GST ini . Sekurang - kurangnya ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan . Almaklumlah , orang Malaysia sekarang ni dah gila media sosial . Malah pengunaan peratusannya tinggi berbanding negara lain . Maka ianya jadi berita gembira buat pengguna seperti CM dan anda juga .



~ Cetusan Minda~



7 Responses to "Harga Jalur Lebar Diturunkan"

  1. Harap2 betul lah di turunkan.. banyak manfaat yang rakyat perolehi...

    ReplyDelete
  2. Bila agaknya P1 nak turunkan harga pulak ye?

    ReplyDelete
  3. Syukurlah klu mcm ni.. ada baki duit boleh beli rania gold.. :)

    ReplyDelete
  4. Berita baik ni...saya pengguna celcom tegar

    ReplyDelete
  5. ada call nak tambah gb ke idak awak nak tukar sok kami kena bayar lebih huhu...sabar jelah...kala turun nanti naik gak

    ReplyDelete
  6. confuse ni vee. semalam suami saya baru je beli celcom broadband wifi, 4 GB masih rm68 sebulan dengan kontrak. dua bulan lepas saya beli dengan bayaran bulanan yang sama, 5GB pulak tapi tanpa kontrak dan tanpa wifi...fenin..fenin

    ReplyDelete
  7. harap2 turun la harganya....jgn nnti indah kabar dr rupa....last2 kita gak yg frust huhuhu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...