Senaman 20 Minit


Assalamualaikum ... 

Bismillah . Senaman adalah merupakan gerakan yang dilakukan kepada anggota tubuh badan dengan tujuan untuk meregangkan otot - otot . Senaman boleh dilakukan dengan pelbagai cara . Berjalan dan melakukan kerja sahaja sudah dianggap bersenam . Tetapi sekiranya anda mahu membakar lemak di badan , senaman yang anda lakukan mestilah lebih dari itu .

Senaman 20 Minit


Dunia sekarang , manusia sentiasa kejar masa demi untuk sesuap nasi . Pada masa yang sama lemak di badan juga harus dibakar jika tidak mahu mengundang pelbagai penyakit . Makanya , senaman 20 minit adalah sesuai dilakukan sebelum pergi kerja dan sebelum masuk tidur kerana senaman ini tidak ambil masa yang lama .


Senaman 20 Minit


Jenis - jenis Senaman


Senaman 20 minit merangkumi beberapa jenis senaman . Ianya hanya mengambil beberapa saat bagi setiap pergerakan . Jenis - jenis senaman ini sangat mudah untuk anda lakukan di rumah . Antara jenis - jenis senaman itu seperti berikut ;

1- High Knees ( 60 saat )


Anda hanya perlu gerakkan / naikkan kaki anda separas pinggang berganti - ganti kiri dan kanan di satu tempat sahaja .

2- Squats ( 60 saat )


Letakkan kedua tangan anda di belakang tengkuk , kemudian turunkan badan anda sehingga paras pinggang dan naik / berdiri semula . Gerakan ini lebih mudah kalau CM sebut sebagai Labu Labi ketuk ketampi !

3- Forward Lunges ( 60 saat )


Turunkan badan anda separa pinggang di mana sebelah lutut kaki berada di atas lantai dan sebelah lagi menongkat . Kemudain berdiri semula dan ulangi step yang sama dengan kaki bertukar tempat .

4- Cross - body Mountain Climbers ( 60 saat )


Letakkan badan anda seperti anda mahu lakukan tekan tubi . Anda hanya perlu gerakkan sebelah kaki dengan membengkokkannya di bahagian lutut . Lakukan pergerakan itu berganti - ganti

5- Push - Ups ( 40 saat)


Pergerakan tekan tubi dengan tangan anda membengkok . Turunkan badan anda sehingga hampir mencecah lantai dan angkat semula .

6- Bear crawl ( 20 saat )


Apakah yang anda bayangkan dengan pergerakan bear crawl ? . Lakukanlah apa saja pergerakan yang anda selesa .


Bermandi Peluh .


Jika anda berjaya melakukan gerakan - gerakan senaman di atas , sudah tentu anda bermandi peluh . Peluh yang keluar bermakna anda dapat membakar lemak walapupun mungkin tak banyak . Mengeluarkan peluh sebelum tidur dapat elakkan anda menternak lemak semasa tidur . Malah anda akan dapat tidur dengan nyenyak juga .



~ Cetusan Minda ~



6 Responses to "Senaman 20 Minit"

  1. nampak je buat 20 minit.. tapi kalu buat betul..peluh mcm 2 jam bsenam...
    good info n tips sis :P

    ReplyDelete
  2. Sekarang mmg kena start rutin hujung minggu kena bersenam.. dah mula kena jaga kesihatan ni.. thanks sharing CM.. :)

    ReplyDelete
  3. Membakar lemak sebelum tidur, dapat mengelakkan dari menternak lemak...huhu..penting ni

    ReplyDelete
  4. Bila laa nk mula senam ringan2 cenggini kan..asik ternak lemak jerr huhuhu

    ReplyDelete
  5. Buat kerja rumah pun dah boleh keluar peluh CM.. huhuhu..

    ReplyDelete
  6. salam sis...TQ boleh diamalkan ni...:)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...