Asbab Sukar Menghafal Ayat Al - Quran


Assalamualaikum ...

Asbab Sukar Menghafal Ayat Al - Quran | Bismillah .  Sukar menghafal ayat al Quran ini telah dialami oleh ramai orang dari semua lapisan masyarakat dan kedudukan . Para sahabat nabi dan ulama - ulama besar juga tidak terkecuali .


Asbab Sukar Menghafal Ayat Al - Quran


Asbab Sukar Menghafal Ayat Al - Quran


Imam Syafie r.a. , seorang genius ummah yang menghafal hampr sejuta ( mungkin juga lebih ) hadis - hadis Rasulullah s.a.w.  Beliau juga merupakan ulama bertaraf Mujtahid Mutlaq yang merupakan taraf tertinggi dalam bidang keilmuan agama selepas taraf nabi . Pun begtu , beliau tetap mengadu kepada gurunya akan kesukaran beliau untuk menghafal ilmu

Maksiat


Hal ini diluahkan melalui syairnya di dalam kitab Ad - Diwaanusy Syafi'e :

" Aku mengadu kepada guruku Waqi , mengenai susahnya menghafal . Beliau mengingatkan aku agar membersihkan diri daripada maksiat , kerana sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya yang Allah berikan . Dan cahaya itu tidak akan diberikan kepada orang yang ahli maksiat . "

Taubat


Syair di atas jelas memberitahu kita bahawa kesukaran untuk menghafal sesuatu ilmu agama itu adalah disebabkan kekotoran hati kita sendiri . Oleh sebab itu , kita perlulah sedaya upaya menjauhi maksiat dan dosa serta bertaubat setiap hari . Setiap hari , kita melakukan dosa tanpa kita sedari , maka kita disunnahkan untuk bertaubat setiap hari dan membaca istighfar paling kurang 70 kali sepertimana yang dianjurkan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

" Demi Allah , sesungguhnya saya membaca istighfar ( minta ampun ) dan bertaubat kepada Allah setiap hari , lebih daripada tujuh puluh kali . "
( Hadis Riwayat Bukhari )

Rasullullah adalah seorang maksum iaitu bebas daripada segala dosa tetapi tetap melakukan taubat dan beristighfar sebanyak tujuh puluh kali sehari . Ini jelas menunjukkan bahawa baginda mahu umatnya melakukan perkara yang sama .

Memperbanyakkan sujud


Imam Abdul Ghafur Ibn Salamah Al - Hamsyi telah menukilkan di dalam kitabnya bahawa seorang sahabat Rasulullah bernama Saidina Abu Rihanah r.a. pernah datang kepada baginda dan mengadu kepadanya bahawa beliau sukar untuk menghafal al - Quran . Mendengar aduan itu , baginda bersabda yang bermaksud :

" Janganlah engkau memaksa apa yang tidak mampu engkau lakukan , hendaklah kamu ( perbanyakkan ) sujud . "
( Al - Isobah , jilid 2 , hal 156 )

Solat


Sekirnya kita sudah sedaya upaya mencuba untuk menghafal al - Quran tetapi ia tetap tidak dapat melekat di dalam memori , maka itu bukanlah masalah kemampuan otak kita tetapi masalah hati kita yang kotor . Maka , perbanyakkanlah sujud ( solat ) sama ada melakukan solat sunat taubat untuk bertaubat akan dosa - dosa kita yang lalu atau solat hajat untuk memohon daripada Allah supaya memudahkan urusan penghafalan .



~ Informasi Minda ~




9 Responses to "Asbab Sukar Menghafal Ayat Al - Quran"

  1. Ada sebab tertentu yang buat kita tak dapat menghafal, kekadang kita tak sedar pun...

    ReplyDelete
  2. tq info
    .akak mohon share ye..nak bagi cucu yang kat sek tahfiz...

    ReplyDelete
  3. nice info ... kecil-kecil dulu mudahnya hafal surah, la ni dah dewasa ermm paham-paham je la :)

    ReplyDelete
  4. Good tips...
    Bukan senang untuk mendapat sesuatu yang baik

    ReplyDelete
  5. sama sama doa semoga kita semua mudah menghafal dan menghafaz Al Quran... Aaaminnn...

    ReplyDelete
  6. kalau hati bersih...insyaAllah...mudah bagi kita menghafal al quran

    ReplyDelete
  7. tingat ustaz ckp, makanan berbentuk syubhah jg penyumbang kpd permasalahan ini

    ReplyDelete
  8. memang betul la tu..maksiat menyebabkan sukar nur ilmu masuk

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...