Zenpad 7.0 Kini Di Pasaran


Zenpad 7.0  Kini Di Pasaran | ASUS telah kembali dengan produk terbarunya . Hari ini 26 Ogos 2015 di MidValley Megamall , ASUS telah melancarkan tablet terbarunya yang dikenali dengan Zenpad 7.0 ( Z370CG ) dan Zenpad C ( Z170CG ) .


Zenpad 7.0  Kini Di Pasaran


ZenPad 7.0  Kini Di Pasaran


Hari in , anda boleh terus membeli Zenpad yang sedang dalam rangka promosi bermula di MidValley Megamall dengan harga RM 499 untuk Zenpad C dan RM 749 untuk tablet Zenpad 7.0 termasuk harga GST .

Spesifikasi Zenpad 7.0 ( Z370CG )


Zenpad 7.0 ( Z370CG ) didatangkan dengan spesifikasi yang tinggi dan beroperasi menggunakan 
  • cip Intel Atom X3
  • RAM 2GB
  • Storan 16GB boleh ditambah menggunakan kad Mikro-SD
  • kamera hadapan 2MP dan kamera utama 8MP dilengkapi Pixel Master 2.0
  • kualiti bunyi Asus SonicMasterDTS Audio
  • Android 5.0 Lollipop
  • paparan antara muka ZenUI
  • skrin paparan 7 inci
  • resolusi 1280 X 800 HD IPS dengan fungsi VisualMaster Tru2Life
  • penutup belakang yang boleh ditukar ganti dengan pilihan warna hitam , metalik , putih , oren .


Zenpad 7.0  Kini Di Pasaran


Spesifiksi Zenpad C ( Z170CG )


Zenpad C ( Z170CG ) pula adalah versi tablet yang hampir sama dengan Zenpad 7.0 tapi dengan harga mampu milik . Perbezaannya adalah
  • resolusi 1024 X 600
  • RAM 1 GB
  • 2 kad SIM untuk fungsi panggilan

Zenpad 7.0  Kini Di Pasaran

Aksesori


Terdapat beberapa aksesori sebagai pelengkap Zenpad yang dijual bagi tempoh dua minggu akan datang seperti
  • ZenClutch berharga RM119 yang berupa seperti dompet tangan wanita
  • AsusPowerCase RM109 untuk kuasa bateri tambahan yang boleh bertahan hingga 19 jam
  • Asus Audio Cover RM249 untuk meningkatkan kualiti bunyi pembesar suara pada format 5.1 dengan sekali pengecasan untuk selama 6 jam secara berterusa

Promosi


Promosi tablet Zenpad 7.0 dan Zenpad C di #ZensationRoadhow bermula hari ini sehingga 30 Ogos . Kepada anda yang berminat , boleh lah mengunjungi ground floor MidVAlley Megamall untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut .



~ Sumber Informasi ~




7 Responses to "Zenpad 7.0 Kini Di Pasaran"

  1. salam singgah sini sis...wahh....macam menarik jak promosi ni...tahniah kepada asus...

    ReplyDelete
  2. baru aja beli zenfone 5, udah ada lagi godaan zenpad 7. ngumpulin duit lagi wkwk

    ReplyDelete
  3. Kena cari clutch bag untuk lelaki nie... besar tak muat masuk poket ^-^

    ReplyDelete
  4. Berkenan tengok yg 7.0. Puas dengar muzik & tengok video :)

    ReplyDelete
  5. Okje tak berapa minat tgk gadget ni....kalau suami sukalah .....Naik jemu meneman . Mcm kita kalau tgk baju bajan, dia pun bosan kot hihi

    ReplyDelete
  6. tak penah dengar plak
    nampak sangat tak minat benda gini...hehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...