Kepentingan Cap Mohor dalam Dunia Islam


ASSALAMUALAIKUM ...

Kepentingan Cap Mohor dalam Dunia Islam | Bismillah . Untuk pengetahuan pembaca , Rasulullah sudah guna cap mohor ni pada zaman pemerintahannya . Pada tahun 628 Masihi , Rasullulah telah menggunakan cap mohor yang mempunyai ukiran perkataan " Muhammaad Rasulullah " pada surat baginda . 


Kepentingan Cap Mohor dalam Dunia Islam

Cap Mohor



Uniknya pada zaman awal Islam , kebanyakan cap mohor dibuat daripada batu permata seperti kristal , batu jed , batu garnet dan zamrud . Kaya kan orang zaman dahulu . Emmm . Kita nak tengok pun tak dapat , apalagi nak memiliki .

Kepentingan Cap Mohor dalam Dunia Islam 


Rasulullah menggunakan cap mohor ni untuk mengesahkan surat yang diutusnya kepada Maharaja Byzantium mengenai seruan Islam . Uniknya pada zaman tu tulisan tu guna kaligrafi / diukir . Susahlah sikit kalau nak tiru berbanding zaman sekarang yang guna print .


Kepentingan Cap Mohor dalam Dunia Islam



Pada zaman pertengahan , cap mohor digunakan ke atas manuskrip , dekri diraja , dokumen tentang tanah dan wakaf , sijil perkahwinan dan karya kaligrafi . Biasanya orang yang ada cap mohor ni , orang yang berkuasa dan mengeluarkan perintah .



~ Sumber Informasi ~



2 Responses to "Kepentingan Cap Mohor dalam Dunia Islam "

  1. Cap mohor biasanya digunakan utk mengesahkan surat pd zaman dulu2..

    ReplyDelete
  2. ooo...kira benda ni bukan baru ye
    menarik, baru tahu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...