Tiket Percuma Sambut Harijadi Panda Ke - 9


Assalamualaikum ...

Tiket Percuma Sambut Harijadi Panda Ke - 9 | Panda yang bernama Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan dari China kepada Zoo Negara akan menyambut harijadinya ke-9 . Panda yang bernama Liang Liang sudah melahirkan seorang bayi pada 18 Ogos yang lalu . Pun begitu , tiket nak tengok panda di zoo negara ni dalam kategori mahal bagi rakyat marhein . Maklumlah , panda spesis ni mahal maintenance untuk menjaganya . Saja - saja menjeguk website Zoo Negara . Manalah tahu ada tawaran sempena hari merdeka tapi terjumpa lak poster kat bawah ni .


Tiket Percuma Sambut Harijadi Panda Ke - 9


Tiket Percuma Sambut Harijadi Panda Ke - 9


Sempena menyambut harijadi panda yang ke-9 , zoo negara bersama syarat - syarat tertentu , pada 23 Ogos dan 3 September 2015 , telah menawarkan kemasukan percuma kepada :

  • kanak - kanak berusia 12 tahun dan ke bawah
  • pelawat yang dilahirkan pada 23 Ogos
Anda perlulah membawa bersama kad pengenalan / passport / my kid sebagai bukti tarikh kelahiran anda / anak - anak .

Selain itu , anda juga boleh mendapat potongan 10 peratus bila membeli tiket secara online . Tempahan mesti dilakukan sekurang - kurangnya dua hari sebelum penebusan . Tiket boleh ditebus di kaunter promosi dan penebusan . Tawaran ini sah sehingga 16 September sahaja .

Peluang 


Bagi sesiapa yang ada anak berusia 12 tahun dan ke bawah , bolehlah ambil peluang ini untuk membawa anak anda melihat panda di zoo negara . Jangan lupa , anda yang lahir pada 23 Ogos juga dapat melihat panda di zoo negara secara percuma . Bagi sesiapa yang berkenaan dan tinggal berdekatan , bolehlah ambil peluang ini untuk ' beramah mesra '  dengan panda di zoo negara ya .

Untuk maklumat lanjut tntang aktiviti di Zoo Negara , anda boleh ke SINI . Pada sesiapa yang nak tempah tiket secara online , klik saja di SINI .


7 Responses to "Tiket Percuma Sambut Harijadi Panda Ke - 9"

  1. mesti comeeeey kan.. kalo dapat pelok lagi la best..

    ReplyDelete
  2. Jom kita melawat panda dan babynya...

    ReplyDelete
  3. Alamak..lahir bulan April la. Tak dapek la nak tengok panda free...

    ReplyDelete
  4. Tgk kt IG ramai yg dtg (blogger)

    ReplyDelete
  5. "Seorang bayi" pun boleh huhuu... excited sungguh.. apa pun tahniah utk kelahiran :D

    ReplyDelete
  6. owh... panda oh panda..
    bertuah yg lahir 23 ogos.. free!

    ReplyDelete
  7. lom ada kesempatan lg nk g tgk panda....huhuhu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...