Tradisi Marhaban Di Hari Raya


Assalamualaikum ...

Marhaban | Bismillah . Sambutan Hari Raya tanpa marhaban dianggap kurang meriah di sesetengah tempat . Marhaban atau disebut juga sebagai baraan , dapat berjalan apabila sekumpulan mausia yang terdiri daripada warga kampung berkumpul dan melakukan ziarah dari rumah ke rumah di dalam kampung tersebut sambil berselawat .


Marhaban


Marhaban


Di tempat kelahiran CM di Johor , aktiviti marhaban ini masih berlaku . Marhaban selalunya bermula pada hari raya ke dua . Oleh kerana setiap kumpulan marhaban itu dijalankan berasingan mengikut hari , maka marhaban akan berlaku lebih dari sehari . Ini bertujuan untuk tidak mebebankan tuan rumah .

Kumpulan 


Ada sesetengah tempat , marhaban dibahagikan kepada dua iaitu marhaban lelaki dan marahaban wanita . Bagi warga kampung yang ramai jumlahnya pula , kumpulan marhaban dibahagikan kepada empat iaitu marhaban lelaki bujang , marhaban lelaki golongan suami , marhaban perempuan bujang dan marhaban perempuan golongan isteri . 

Tujuan 


Tujuan utama marhaban adalah untuk memohon maaf sesama warga kampung tersebut selain lebih mengenali sesama generasi . Ini kerana , generasi muda selalunya berhijrah ke bandar untuk tujuan pekerjaan juga pembelajaran . Selalunya hanya warga emas dan anak - anak yang masih bersekolah sahaja yang berada di kampung . Ketika marhaban inilah baru warga kampung mengenali cucu , cicit penduduk sekampung yang hanya pulang di hari raya .

Tabung


Semasa marhaban berlangsung , setiap rumah yang dikunjungi akan menyumbangkan RM untuk tabung juga dana kampung tersebut . Duit tabung itu selalunya digunakan untuk keperluan surau dan keperluan majlis perkahwinan seperti khemah . kerusi , meja , periuk belanga dan pinggan mangkuk .

Sedekah


Kehadiran warga cilik dalam kumpulan marhaban telah menggalakkkan warga kampung untuk bersedekah melalui duit raya . Anak buah CM boleh dapat lebih RM 100 ketika mengikuti kumpulan marhaban . Sangat elok untuk dibuat simpanan sebagai pelaburan di masa akan datang .


Juadah


Kepda tuan rumah yang memiliki rezeki lebih , mereka akan menjamu kumpulan marhaban dengan pelbagai jenis masakan mee , ketupat  , rendang , soto , lemang dan sebagainya . Ini menjadikan suasana marhaban itu menjadi lebih meriah dan ahli juga merasa lebih bersemangat .



Zaman CM kanak - kanak , bila CM ikut kakak menyertai marhaban , poket baju kurung boleh penuh dengan duit syiling . Masa tu duit raya paling besar adalah 50 sen . Tapi sehingga kini CM tak berapa pasti ke mana duit itu CM belanjakan ... heheheee





3 Responses to "Tradisi Marhaban Di Hari Raya"

  1. Wah bagusnye. Hehe. Thnks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Suka pi marhaban..sebab dapat berselawat disamping erat silaturahim..

    ReplyDelete
  3. Teringat acara marhaban di kampung saya.
    Kat tempat tinggal skrg..tak ada :(

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...