Tahukah Anda : Siapakah Fethullah Gulen Yang Dikatakan Dalang Rampasan Kuasa Turki ?


Tahukah Anda : Siapakah Fethullah Gulen Yang Dikatakan Dalang Rampasan Kuasa Turki ? | Turki telah menggegarkan dunia apabila berlaku usaha rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera pada sabtu 16 July 2016 lepas . Disebalik usaha rampasa kuasa oleh tentera itu , Presidan Turki , Recep Tayyip Erdogan telah menyalahkan cendikiawan Islam Turki yang bernama Fethullah Gulen .


Tahukah Anda : Siapakah Fethullah Gulen Yang Dikatakan Dalang Rampasan Kuasa Turki ?

Siapakah Fethullah Gulen Yang Dikatakan Dalang Rampasan Kuasa Turki ?


Fethullah Gulen 75 , merupakan seorang pendakwah bebas , bekas imam , tokoh politik dan juga merupakan seorang penulis Turki yang menggerakkan falsafah campuran dalam bentuk gabungan demokrasi , pendidikan , sains serta dialog antara agama .

Fethullah Gulen yang dikatakan bermazhab Hanafi , dikenali sebagai hizbut , memiliki pengikut kira-kira seramai 10 peratus dari penduduk Turki dan pernah dianggap oleh pengikutnya sebagai jambatan antara pendokong Islam dengan fahaman sekular .

Sebelum ini, Fethullah Gulen merupakan rakan baik Erdogan malah dianggap sebagai orang nombor dua paling berkuasa di Turki namun hubungan mereka retak apabila Presiden Turki itu mencurigai gerakan Hizmet dibuat Fethullah selain pengaruh kuatnya dalam masyarakat negara itu termasuk media, polis dan badan kehakiman.

Fethullah Gulen yang juga merupakan seorang pendakwah telah berpindah ke AS pada 1999 dan menetap di Pennsylvania  sebelum didakwa sebagai pengkhianat Turki.

Fethullah Gulen pernah mendapat pendidikan di sekolah agama Erzurum Kurşunlu. Fethullah Gulen pernah menjadi rakan dan sekutu Presiden Erdogan dalam politik sebelum 2013. Bagaimanapun, ikatan antara mereka musnah selepas Gulen dituduh dalam sebuah siasatan rasuah.

Walau bagaimanapun, pertuduhan itu disangkal 
Fethullah Gulen dalam kenyataannya melalui e-mel kepada The New York Times pada Sabtu.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya percubaan kudeta di Turki. Saya berdoa kepada Allah untuk Turki serta rakyatnya agar situasi ini dapat diselesaikan dengan cepat dan aman," katanya.

0 Response to "Tahukah Anda : Siapakah Fethullah Gulen Yang Dikatakan Dalang Rampasan Kuasa Turki ?"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...