Tahukah ANda : Mandi Malam Akan Sebabkan Banyak Penyakit



Tahukah ANda : Mandi Malam Akan Sebabkan Banyak Penyakit | Ramai antara kita yang sering mandi pada waktu malam dengan alasan panas selain balik kerja pada waktu malam . Seperti tidak boleh dielakkan , untuk mencuci tubuh badan yang kotor dan melekit dengan peluh , sudah tentu mandi adalah pilihan yang terbaik kerana membersihkan badan sebelum masuk tidur itu perlu .


Tahukah ANda : Mandi Malam Akan Sebabkan Banyak Penyakit

Mandi Malam Akan Sebabkan Banyak Penyakit


Malam dikatakan berlakunya perubahan suhu daripada sejuk ke panas . Pertukaran suhu itu akan memberi kesan kepada tubuh badan sekiranya anda mandi pada ketika itu ( malam ) . 

Selain menyebabkan angin masuk ke dalam badan dan jantung akan menjadi makin lemah , Mandi Malam Akan Sebabkan Banyak Penyakit lain seperti berikut antaranya :

1- Sakit Reumatik


Reumatik ini merupakan sakit sendi tulang . Bila anda diserang reumatik , anda akan merasa nyeri pada sendi-sendi tulang anda . Terdapat juga kesan merah dan rasa hangat bila diraba . Sendi anda akan berasa kaku di pagi hari .

2- Cepat Tua


Air sejuk di malam hari apabila terkena pada tubuh dikatakan akan menyebabkan kadar metabolisma semakin kurang . Makanya , tubuh perlukan oksigen dan kalori untuk menstabilkannya .

3- Metabolisma Tubuh Terganggu


Bila malam menjelma , badan kita akan mula menjadi lemah dan perlukan rehat yang secukupnya . Apabila anda mandi , air sejuk akan masuk ke dalam liang - liang pori dan seterusnya menyebabkan tubuh menjadi semakin lemah dan sudah tentu akan mengganggu hormon juga .


4- Angin Masuk Badan


Udara yang sejuk di waktu malam akan menyebabkan ketahanan badan yang lemah mudah terkesan dengan dinginnya air . Keadaan ini menyebbkan anda menggigil , kembung perut dan juga boleh mendapat demam bila tubuh anda tetap hangat .


5- Mudah Demam


Suhu badan anda yang hangat bila bertembung dengan air yang dingin akan mudah menjadikan anda demam .

6- Sakit Nyeri Sendi 


Bila air yang sejuk masuk melalui liang-liang pori yang terbuka , otot-otot yang terkena juga akan jadi sentap . Keadaan itu akan menyebabkan anda merasa nyeri pada otot-otot sendi tubuh anda .

7- Paru-Paru Berair


Ada juga yang mengatakan bahawa mandi malam dengan air yang sejuk akan menyumbang kepada penyakit paru-paru berair . Ini kerana air yang sejuk itu akan membuatkan paru-paru menjadi kembang .

8- Asam Urat ( Gaout )


Mandi kerap di waktu malam akan menyebabkan sendi - sendi mudah otot merasa nyeri terutama pada bahagian tangan dan kaki apabila terkena airyang sejuk .


Oleh sebab itu , jika anda mahu mandi pada waktu malam kerana badan sudah kotor dan berpeluh teruk , gunakanlah air suam . Itu lebih baik dan selamat malah tubuh juga menjadi lebih segar .




0 Response to "Tahukah ANda : Mandi Malam Akan Sebabkan Banyak Penyakit"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...