Tahukah ANda : Mengapa Pokemon Go Diharamkan


Tahukah ANda : Mengapa Pokemon Go Diharamkan | Baru-baru ini kerajaan Arab Saudi telah mengharamkan permainan Pokemon Go di negaranya manakala Presiden Indonesia pula melarang permainan itu dilakukan di kawasan kediamannya . Yang terbaru pula , seorang pelajar universiti di Jepun jatuh dari tangga gara-gara leka bermain Pokemon Go selepas ianya dilancarkan di negara matahari terbit itu .


Tahukah ANda : Mengapa Pokemon Go Diharamkan


Mengapa Pokemon Go Diharamkan


Pokemon Go merupakan permainan digital yang menggunakan gadget terbaru di pasaran yang dikatakan lebih mengasyikkan berbanding permainan Candy Crush Saga

Pokemon Go merupakan satu permainan gajet yang menjadi viral kerana tampil dengan ciri gabungan alam fantasi dan sistem navigasi GPS.

Pokemon Go membolehkan pemain memburu haiwan digital menerusi teknologi ini yang mengesan lokasi dan waktu pemain.

Aplikasi menggunakan GPS itu dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi haiwan Pokemon seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.

Dalam bahasa yang mudah, ia membolehkan pengguna mengesan Pokemon di sekeliling mereka menggunakan telefon ketika bermain supaya pengguna boleh berlari dan menangkapnya.


Menurut Ulama


Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa supaya Pokemon Go diharamkan segera.Menurutnya, jabatan mufti telah mengikuti pandangan pro dan kontra diberikan oleh pelbagai pihak tertentu mengenai permainan digital tersebut."Maka kita dapati aspek negatifnya lebih banyak berbanding aspek positifnya."Justeru kita berharap Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan perlu membuat keputusan mengharamkan permainan berkenaan dengan kadar segera," Wan Salim berkata, beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengharamkan permainan itu iaitu seperti sadda azzara'i, dar'ul mafasid, maslahah 'ammah dan sebagainya.Menurutnya, ia bagi menyekat pintu-pintu kerosakan di samping memelihara kesejahteraan awam."Walaupun pada dasarnya sesuatu perkara itu dihukum harus sehingga terdapat nas Al-Quran atau Sunnah yang menyatakan sebaliknya.

0 Response to "Tahukah ANda : Mengapa Pokemon Go Diharamkan"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...