Tahukah Anda : Jenis Makanan Mendatangkan Bahaya Jika Dipanaskan Semula


Tahukah Anda : Jenis Makanan Mendatangkan Bahaya Jika Dipanaskan Semula | Selalunya , bila balik kerja , dalam keadaan yang letih dan lapar , kita akan buka peti sejuk untuk mengambil makanan yang disimpan untuk dimakan . Sebelum dimakan , sudah tentu kita akan panaskan semula sama ada di atas api gas ataupun menggunakan ketuhar gelombang mikro .


Tahukah Anda : Jenis Makanan Mendatangkan Bahaya Jika Dipanaskan Semula


Jenis Makanan Mendatangkan Bahaya Jika Dipanaskan Semula 


Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang jika dipanaskan semula selepas dikeluarkan dari peti sejuk akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh ? Berikut adalah antara jenis masakan tersebut .

Bayam


Bayam mengandungi sejumlah nitrat yang tinggi . Apabila sayur bayam dipanaskan semula , bahan nitrat itu berubah menjadi nitrit sterusnya menjadi racun dalam tubuh manusia sekiranya kerap memakannya .

Saderi


Seperti bayam , saderi juga mengandungi nitrat . Jika anda memanaskan sup , saderi yang dimasak untuk kali kedu di dalam sup akan menjadikan nitrat kepada nitrit .


Kentang


Kentang yang sudah masak , kemudian dibiarkan melebihi 2 hari , apabila dipanaskan semula , sudah tiada khasiatnya . 


Telur 


Telur sama ada direbus atau digoreng , apabila didedahkan pada suhu yang tinggi , ianya boleh mengundang maut kepada pemakannya selepas dipanaskan semula .


Ayam


Elakkan memakan ayam yang dimasak pada hari semalam kerana ianya akan memberi kesan kepada penghadaman . Ayam yang dimasak semula akan menyebabkan struktur proteinnya berubah . Justeru itu , anda dinasihatkan makan ayam yang sejuk ( tanpa dipanaskan selepas dikelurakan dari peti sejuk ) . Jika anda mahu memanaskannya juga , panaskan menggunakan suhu yang rendah dengan tempoh masa yang lama .


Cendawan


Cendawan sangat enak dimakan selepas dimasak . Tahukah anda bahawa cendawan adalah merupakan makanan yang tidak boleh dipanaskan ? Ini kerana , cendawan yang dipanaskan akan memberi masalah pada penghadaman dan jantung . Jika anda mahu makan cendawan yang dimasak semalam , makan semasa sejuk ( tidak dipanaskan ) .


Tidak semua jenis makanan elok dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro . Ada kajian mengatakan bahawa makan makanan yang dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro akan mengundang kanser . Lagi teruk jika makanan tersebut diletakkan di dalam bekas plastik .

Cara yang paling selamat , makanlah masakan / makanan yang masih segar ( yang baru dimasak ) kerana segala khasiatnya masih segar juga.




0 Response to "Tahukah Anda : Jenis Makanan Mendatangkan Bahaya Jika Dipanaskan Semula "

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...