Cara Atasi Gian Merokok Di Bulan Ramadhan


ASSALAMUALAIKUM ...

Bismillah . Ramai di kalangan anda merokok tetapi anda tetap wajib berpuasa . Sukar bukan ? CM pun tak dapat nak membayangkan bagaimana tahap kesukaran itu . Hanya dengan melihat para perokok tegar merokok sebagai santapan utama beriftar , saya sudah dapat bayangkan sejauh mana seksanya mereka berpuasa tanpa rokok . Sebenarnya ada cara untuk atasi gian merokok di bulan ramadhan ini untuk mereka .

Sebab Ketagih Rokok


Kajian menunjukkan lebih 95 % perokok Muslim menyatakan adalah mudah untuk berhenti merokok di bulan Ramadhan . Mereka ketagih disebabkan nikotin yang bertindak balas dalam otak dengan cara yang sama seperti dadah heroin . Malah ia mempunyai satu laluan yang sama di dalam otak ( bahagian mesolimbik ) yang menjadi punca utama ketagihan . Jadi , tidak hairanlah bila keinginan merokok kembali semula bila berbuka walaupun dah berazam untuk berhenti . 


Cara  Atasi Gian Merokok Di Bulan Ramadhan


Cara Atasi Gian Merokok Di Bulan Ramadhan


Kepada perokok tegar , di bawah ini adalah cara untuk anda atasi ketagihan anda di bulan Ramadhan . Mungkin sedikit sukar nak melakukannya , tapi asalkan anda nekad , pasti tiada yang mustahil .

1. Nanti Dulu


Melengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok dengan menyatakan pada diri sendiri , " nanti dulu " semasa keinginan itu timbul .

2. Tarik nafas panjang 3 x secara perlahan - lahan . 


Gabungan antara melengahkan masa dan menarik nafas dapat membantu mengatasi keinginan merokok dengan lebih mudah . 

3.Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok . 


Contohnya seperti berjalan - jalan di  tempat kerja , berfacebook , berinternet , bersembang , sibukkan diri dengan kerja  dan apa saja yang sesuai .

4. Alihkan Nafsu / Perhatian


Jika berada di rumah , anda boleh alihkan nafsu / perhatian kepada perkara lain seperti bemain game , sembahyang , berzikir , tadarus , mandi , cuci tangan , berjalan - jalan di sekeliling umah , whatsapp kawan , membaca buku , setiap kali rasa nak  merokok .

5. Lakukan Senaman


Lakukan senaman regangan setiap kali rasa mengantuk dan lemah kerana tidak merokok . Boleh juga tidur sebentar serta bermeditasi . 

6. Hindarkan Diri Dari Perokok


Jauhkan diri dari anda dari orang yang sedang merokok sebab bau rokok tu akan buat anda gian .

Nekad Melawan Nafsu


CM tahu , menulis itu lebih mudah daripada berusaha melawan nafsu diri untuk merokok dan seterusnya berhenti merokok . Tetapi sekiranya anda nekad dan bertekad mahu mengatasi gian merokok , anda pasti boleh lakukannya . Hanya orang yang lemah berlawan dengan nafsu sahaja yang tidak mampu melakukannya .

Segalanya bermula dari diri anda sendiri . Katakan ya , sudah pasti boleh . Ramadhan adalah ruang yang harus dipergunakan sepenuhnya untuk anda yang berhasrat mahu berhenti merokok .


~ Cetusan Minda ~


4 Responses to "Cara Atasi Gian Merokok Di Bulan Ramadhan"

  1. Semoga tips ini bermanafaat untuk perokok.
    Sesetengah perokok tegar..cari rokok dulu masa berbuka puasa baru cari nasi..

    ReplyDelete
  2. Susah klu dah gian merokok ni.. saya ada kawan yg boleh berhenti.. ada juga yg dah bnyk kali ikrar nak berhenti, tp cuma bertahan beberapa jam je huhu..

    ReplyDelete
  3. moga yg mmpu bertahan merokok di bulan ramdhan akan terus berhenti merokok terus...itu lebih baik :)

    ReplyDelete
  4. moga akak dapat beri tips ni pada suami akak...dia bukan perokok tegar, tidaklah sampai berbuka puasa dengan rokok, tetapi masih juga seorang perokok

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...