Tindakan Perlu Diambil Bila Gempa Bumi


Assalamulaikum ...

Bismillah . Gempa bumi merupakan gegaran yang disebabkan tekanan dan memaksa pergerakan kerak bumi berlaku . Gempa bumi juga boleh berlaku disebabkan pergerakan magma di dalam gunung berapi . Pada sesetengah keadaan , pergerakan magma itu boleh menghasilkan letusan gunung berapi . 


Tindakan Yang Perlu Diambil Bila Gempa Bumi

Tindakan Yang Perlu Diambil Bila Gempa Bumi 


Pertama kali dalam sejarah Malaysia , pada pagi Jumaat 5 June 2015 jam 7.17 pagi , berlaku gempa bumi berskala 5.9 ritchter di Ranau dan bandar lain berhampiran Kota Kinabalu Sabah . Sesungguhnya , jika Allah berkehendak ianya berlaku , maka sudah pasti tiada tempat yang selamat untuk kita .

Apabila berlaku gempa bumi di tempat anda . Anda janganlah terlalu panik . Bila anda merasakan ada gegaran dengan melihat segala objek bergerak , apa yang perlu anda lakukan ketika itu adalah :

1- Keluar Dari Bangunan / Kenderaan


Sekiranya ketika gegaran berlaku dan anda berada di dalam bangunan , usahakanlah supaya anda dapat keluar dari bangunan tersebut . Jika gegaran sangat kuat , berlindung dahulu sehingga gegaran reda barulah anda keluar dari bangunan . Jika anda bergegas keluar ketika gempa sedang rancak , ditakuti anda akan terhempap benda yang jatuh . Sekiranya anda berada dalam kenderaan , hentikan kenderaan dankeluarlah cari tempat lapang .

2- Jangan Gunakan Lif


Gunakanlah tangga apabila berlaku gempa bumi . Sekiranya lif rosak , anda akan terperangkap dalam lif  mungkin untuk jangka masa yang lama .

3- Cabut Kepala Gas Dan Offkan Punca Elektrik


Sebelum keluar dari rumah , pastikan anda sudah tutup api gas sekiranya anda sedang memasak ketika itu . Jika tidak , cabitkan sahaja kepala gas . Selain itu off kan sahaja punca elektrik di rumah anda untuk elak berlaku litar pintas .

4- Bawa Barangan Penting 


Sebelum keluar rumah , pastikan barangan penting seperti beg tangan yang mengandungi kad pengenalan serta barang penting lainnya termasuk phone , tablet , sijil lahir dan lainnya . Ini kerana rumah anda mungkin runtuh dan berlaku litar pintas yang menyebabkan kebakaran . Sebaiknya , kumpulkan benda penting anda di satu tempat seperti beg . Sekiranya berlaku gempa , anda hanya perlu ambil beg dan bergegas keluar .

5- Elakkan Melalui Lorong 


Ketika anda berusaha menyelamatkan diri , pastikan jalan yang anda lalui bukanlah lorong antara bangunan . Ini dikhuatiri jika bangunan itu runtuh ataupun terdapat benda yang jatuh , ianya akan membahayakan diri dan nyawa anda juga . 

6- Jauhi Tebing


Jauhilah tebing untuk elak anda jatuh ke dalam gaung . Atau mungkin akan berlaku gelongsor tanah yang akan menyebabkan anda terikut sama .

7- Pergi Ke Tempat Tinggi


Sekiranya anda berada di kawasan pantai atau berdekatan dengan pantai , pergilah ke tempat tinggi . Sekiranya berlaku tsunami , anda masih dapat menyelamatkan diri .

8- Dapatkan Maklumat Yang Tepat


Dapatkan meklumat tepat berkenaan gempa melalui tv, radio dan petugas - petugas yang berada di sekitar . Jangan terlalu percaya infromasi dari media sosial .

Meminta Perlindungan Allah


Selepas melakukan tindakan di atas , perkara akhir yang perlu anda lakukan apabila berlaku gegaran gempa bumi adalah beroda kepada Allah . Dalam keadaan darurat , sekadar menadah tangan dan berdoa sahaja sudah memadai . Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani .


~ Cetusan Minda ~




7 Responses to "Tindakan Perlu Diambil Bila Gempa Bumi "

  1. tak sangka Malaysia juga boleh terkena gempa bumi..kalau begitu berlaku memang bala sedang melanda manusia..

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Risau jugak bila ingatkan family kat kampung. mudahan semuanya baik2 je. huhu

    ReplyDelete
  3. Semoga mereka yang terlibat dengan gempa bumi di Sabah akan selamat.

    ReplyDelete
  4. masa tsunami dulu mmg terasa gegaran, dah la masa tu duduk tingkat 3, apa lagi, cuma capai henpon terus lari turun bawah sambil menjerit suruh orang lain turun gak, duk hostel masa tu..hehe

    ReplyDelete
  5. Mohon perlindungan Allah semoga dijauhkan bencana gempa bumi dari negara kita

    ReplyDelete
  6. takziah sy ucapkan kepada mangsa gempa di sabah...moga tip ini berguna utk kita sebagai pnduan utk kita bersama

    ReplyDelete
  7. Dengar cerita terbaru yg semenanjung malaysia pun ada kemungkinan terdedah dgn gempa skrang ni.. tp tak pasti sejauh mana kesahihan berita tu. Semoga kita semua sentiasa dilindungi... aamiin..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...