Tempat Duduk Percuma Dari Air Asia


Assalamualaikum ...

Tempat Duduk Percuma Dari Air Asia | Air Asia merupakan syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah di Malaysia . Kini Air Asia telah kembali lagi dengan tawaran terbarunya dengan menyediakan sejumlah tiga juta tempat duduk percuma .


Tempat Duduk Percuma Dari Air Asia


Tempat Duduk Percuma Dari Air Asia 


Air Asia dan juga penerbangan Air Asia X terpilih dari semua rangkaian laluannya telah menawarkan tiga juta tempat duduk percuma termasuk promosi tambang Air Asia serendah RM9.54 yang mengandungi cukai dah fee sehala . Ini bermakna pengguna Air Asia hanya perlu membayar cukai dan fee manakala tambang Air Asia adalah percuma .

Tarikh Promosi


Promosi tempat duduk percuma Air Asia bermula dari 22 Jun hingga 28 Jun 2015 untuk perjalanan dari 15 Februari hingga 31 Ogos 2016 .

Destinasi Tawaran


Tawaran tiga juta tempat duduk percuma Air Asia untuk semua destinasi domestik dan antarabangsa termasuk promosi tambang Air Asia semurah RM129 sehala ke Perth , Melbourne , Chengdu , Seoul dan Tokyo .

AirAsia X untuk kelas perniagaan pula menawarkan harga serendah RM699 sehala ke Perth , Xi'an , Taipei , Osaka dan Colombo dari Kuala Lumpur .

Tawaran Khas


AirAsiaGo juga memberi tawaran khas sepanjang tempoh promosi dengan termasuk penjimatan 75 peratus jika tempah bersama hotel penginapan dan 50 pertaus untuk tempahan hotel sahaja .


Berita Baik Untuk Bercuti 


Bagi anda yang kaki taravel atau yang sedang merancang percutian pada tahun 2016 , jangan tunggu lagi untuk merebut peluang ini . Promosi Air Asia tempat duduk percuma hanya berjalan selama seminggu sahaja .




~ Sumber Informasi ~





5 Responses to "Tempat Duduk Percuma Dari Air Asia"

  1. Berita baik untuk merancang percutian

    ReplyDelete
  2. Wah, baiknya Air Asia ni yer ^-^

    ReplyDelete
  3. dah buka juga web AA ni.. tapi tu lah takde plan lagi nak ke mana...hehe

    ReplyDelete
  4. tak ada perancangan lagi bercuti
    lagipun belum penah naik lagi kapal terbang...hehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...