Penyakit Anemia


Assalamualaikum ...

Bismillah . Wanita adalah golongan yang mudah mengalami anemia berbanding dengan lelaki bernisbah 10:1 . Hal ini sering dikaitkan dengan pendarahan teruk ( heavy bleeding ) yang dialami sesetengah wanita . 

Dalam sehari , setiap wanita akan kehilangan kira - kira satu hingga dua miligram ( mg ) zat besi melalui perkumukah secara normal . Ketika kedatangan haid , misalnya , kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi . 


Penyakit Anemia


Penyakit Anemia


Anemia merupakan penyakit di mana tubuh anda kekurangan sel darah merah semasa proses pembawaan oksigen ke seluruh tisu badan . Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil hemoglobin . Anemia juga bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi . Paras hemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki .

Punca Anemia


Punca anemia dibahagikan kepada 3 iaitu

1- Kehilangan Darah

  • Kehilangan darah akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan . 

  • Kehilangan darah konik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan , jangkitan disebabkan cacing dan eadaan - keadaan lain .


2- Kurang Penghasilan Sel Darah Merah Dalam Sum Sum 

Penghasilan sel darah merah bergantung kepada beberapa faktor , antaranya ;
  • kekurangan faktor penting seperti zat besi , vitamin B12 dan asid folik .
  • Faktor toksik - Penyakit inflamasi , kerosakan hati dan ginjal , ubat - ubatan .
  • Kekurangan hormon - Paras hormon tiroid rendah .
  • Kerosakan sum sum tulang - Punca daripada kanser darah atau penyakit sum sum .
  • Gangguan pembentukan sel darah merah - Keadaan seperti Talasemia .

3- Pemusnahan Sel Darah Merah Berlebihan

  • berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat .
  • Faktor toksik - kerosakan hati dan ginjal .


Simptom Anemia


Jika anda ada simptom - simptom berikut , itu bermakna anda penghidap anemia .
  • keletihan setiap masa
  • pening
  • sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
  • kulit pucat
  • kadar denyutan jantung cepat
  • kurang daya ingatan

Jenis Anemia


Anemia terbahagi kepada banyak jenis . Berikut adalah jenis anemia yang boleh dirawat dengan bantuan pemakanan .

1- Anemia Kekurangan Zat Besi ( Ferum )


Anemia jenis ini berlaku apabila pengambilan zat besi dalam diet tidak mencukupi atau penyerapannya tidak berlaku dengan sempurna .

Golongan yang mudah mengalami anemia jenis ini ialah
  • golongan yang mengamalkan diet vegetarian
  • ibu hamil 
  • ibu yang menyusukan anak
  • golongan remaja dan kanak - kanak yang kurang pengambilan zat besi dalam diet mereka
  • perempuan haid
  • golongan yang kerap mengambil minuman berkafein 
  • golongan yang mengalami masalah usus berkait rapat dengan pembedahan bahagian usus kecil dan perut 

2- Anemia Kekurangan Vitamin ( B12 Dan Asid Folik )


Anemia jenis ini berlaku apabila badan kekurangan vitamin B12 dan asid folik yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah .

Antara punca anemia ini berlaku adalah penyakit yang mengakibatkan gangguan serapan vitamin tersebut ke dalam badan , mengamalkan diet vegetarian atau terlalu sedikit pengambilan sayuran hijau yang menyumbang kepada kekurangan asid folik .

Tips Pemakanan Untuk Pesakit Anemia 


Pesakit anemia perlu mengubah tabiat pemakanan kepada pemakanan sihat dan mengamalkan kepelbagaian dalam jenis makanan .
  • makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah , ikan , ayam , hati , telur , limpa , kekacang , sayur - sayuran berdaun hijau , bayam , brokoli , buah - buahan kering , bijirin dan tauhu .
  • Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal dari tumbuh - tumbuhan .
  • bagi mengatasi masalah anemia , sebaik - baiknya perlu makan sekurang - kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari .
  • vitamin B12 dan Asid Folik yang penting untuk tubuh boleh didapati daripada daging ayam , daging merah dan sayur - sayuran .

Langkah Yang Perlu Diambil


Pesakit anemia dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan dan minuman yang berkafein seperti air teh , kopi , susu , coklat dan minuman yang berkarbonat selepas waktu makan kerana minuman tersebut menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi . Kalau mahu ambil  juga , pastikan anda ambil satu atau dua jam sebelum makan .

Minumlah air dan makan buah - buahan yang mengandungi vitamin C yang tinggi seperti jus sayuran dan buahan ( jus limau , strawberi , brokoli ) supaya penyerapan zat besi berlaku dengan mudah .

Selain itu , pesakit anemia juga perlu berhati - hati dengan pengambilan kalsium kerana sifatnya yang melemahkan penyerapan zat besi .

Pemakanan sunnah seperti kurma dan buah - buahan kering ( buah tin , aprikot dan kismis ) adalah tinggi zat besi dan sangat digalakkan pengambilannya lebih - lebih lagi oleh wanita mengandung . Anda bukan sahaja mendapat kesihatan yang baik tetapi juga insha - Allah mendapat pahala kerana berniat untuk mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w. .



~ Cetusan Minda ~




5 Responses to "Penyakit Anemia"

  1. Saya penggemar minuman berkafein...agak berisiko juga nih...huhu

    Kalau kita ikut segala sunnah Rasulullah S.A.W pasti banyak hikmahnya kan...

    ReplyDelete
  2. Saya selalu kena anemia ni time mengandung, memang selalu la mendengar bebelan nurse kat klinik tu...

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar cuma sblum ni tak ambil kisah sgt.. baru tau ni.. info yg bermanfaat buat pengetahuan semua..

    ReplyDelete
  4. akak biasa kena masa mengandung...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...