Cara Mudah Mengembara Berseorangan


Assalamualaikum ...

Cara Mudah Mengembara Berseorangan | Bismillah . Mengembara berseorangan ala backpakers sudah menjadi kegilaan terutama bagi mereka yang berstatus bujang . Melancong bersama travel agency hanya membuatkan mereka ini merasakan terpaksa ikut jadual yang padat berbanding backpakers yang bebas merancang perjalanan mereka sendiri .


Cara Mudah Mengembara Berseorangan

Cara Mudah Mengembara Berseorangan


Sebelum anda memulakan pengembaraan ala backpackers ini , anda perlulah membuat persediaan yang rapi agar nanti perjalanan penggembaraan anda berjalan lancar tanpa berlaku kesesatan ataupun kekurangan duit dan juga lainnya . Berikut ada cara mudah mengembara berseorangan bagi yang baru berjinak - jinak mahu melancong ala backpakers

Buat Itinerary


Buat senarai dan jadual perjalanan / intinerary dari hari ke hari . Cari maklumat tempat anda mahu pergi ,  tempat penginapan , jenis kenderaan yang anda perlu gunakan , berapa banyak duit yang anda perlu belanjakan dan segala panduan termasuk peta yang berkaitan supaya perjalanan pengembaraan anda menjadi lebih lancar .  

Masa Yang Cukup


Apa pun mood pengembaraan anda , dapatkan masa yang lebih dari masa yang anda jangkakan untuk pengembaraan anda . Anda perlu tahu ada masanya jadual masa anda akan tergelincir disebabkan perkara yang tidak anda jangka akan berlaku . Sekurag - kurangnya bila anda dah menyediakan masa tambahan , anda akan kurang stress dan dapat juga hilangkan rasa cemas .

Makan Dengan Sempurna


Pastikan anda dapat makan yang cukup sebelum memulakan perjalanan kerana dalam perjalanan anda nanti belum tentu anda dapat makan atau jumpa kedai makan yang halal . Elakkan makan makanan yang boleh buat perut anda meragam kerana jika berlaku ianya sudah tentu mengganggu perjalanan anda .

Tahu Keupayaan Perbelanjaan Anda 


Pastikan anda tidak lebih berbelanja dan anda juga menyediakan wang tambahn untuk saat - saat kecemasan . Jika tiba hari akhir , tiada apa yang berlaku , boleh la anda melakukan perbelanjaan sesuka hati anda .

Cek Bagasi Anda


Pastikan bagasi anda adalah jenia yang mudah untuk di bawa . Barangan yang anda akan bawa juga adalah barangan yang dibenarkan imigresen . Jangan lupa untuk timbang berat kerana anda nanti akan hadapi masalah juka anda tidak ambil berat tentangnya .


Tiada Masalah

Apabila anda sudah melakukan segala cadangan di atas , insha Allah tiada masalah akan timbul . Jika ada , jangan stress atau melatah . Anda perlu tenang dan cari penyelesainnya kerana anda akan melakukan perjalanan pengembaraan secara backpackers .


~ Sumber Informasi ~



30 Responses to "Cara Mudah Mengembara Berseorangan"

  1. nice sharing. thank you... ada angan2 jugak nak travel sorang-sorang nanti. inshaa Allah (:

    ReplyDelete
  2. Seronok mengembara backpacker ni.. tapi atleast bertigalah.. klu sorang2 saya jem juga hehee.. Thanks sharing CM.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak confident nak pergi sensorang ...

      Delete
  3. Bagi saya kalau perjalanan jauh, berdua adalah lebih baik dari berseorangan dan bertiga adalah lebih baik dari berdua. Sekurang2nya jika ada kesulitan ada rakan untuk mengadu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah . sekurang2nya klu sesuatu berlaku , mudah mencari penyelesaian .

      Delete
  4. tips yang berguna sangat bagi mereka yang ingin memulakan pengembaraan solo, salam ukhawah dari anajingga.com

    ReplyDelete
  5. mengembara seorang diri pasti mencabar..kalau lelaki tak pe..kalau perempuan susah mau cakap la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ada juga perempuan yang sukses mengembara alone ...

      Delete
  6. Tak pernah lagi mengembara berseorangan..memandu solo ada la..thanks info CM :)

    ReplyDelete
  7. masih menyimpan hasrat utk mengembara ala backpackers hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga tercapai hasrat satu hari nanti ... insha Allah .

      Delete
  8. Kalau duit&masa bnyk xjdi mslh kot... Teringin gak nk join backpacker ni tp bnyk plak mslhnye....;-/

    ReplyDelete
  9. Saya belum pernah mengembara berseorangan...
    Di hantar berkursus di tempat yang jauh dan pergi berseorangan pernah, tapi berdebar-debar juga...Waktu balik (masa di air port) dapat tengok orang pegang passport Malaysia pun rasa dah happy abis..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah tu , ada gak pengalaman terbang ... hehehee

      Delete
  10. akak memang takutlah nak mengembara sorang2,nak pulak keluar negara, dalam negara pun seram juga dibuatnya...hehehe

    ReplyDelete
  11. Thanks cm for yr tip. Actually belum ada pengalaman lgk. Biasa ikut travel. Jadual Sgt pack. EB hubby pun x suka ikut travel. Insyaallah di lain mass nak Cuba travel sendiri. Travel anak beranak....hi hi hi hi

    ReplyDelete
  12. memang seronok bermusafir seorang diri bagi sesetengah orang, mungkin sesetangahnya bosan pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronk sbb blh buat keputusan sendiri . bosan sbb x de teman bersembang ...

      Delete
  13. Kalau tak rancang dengan betul jadi macam Zumal yer ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheee ... dah nak jadi , redha je la zumal ...

      Delete
  14. hey... check this epic experience!! http://uwantuget.sharethisstory.net/my-661510-8324

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...