Assalamualaikum ...
Cara Tertib Beriftar | Hari ni dah dua minggu kita berpuasa . Rasanya masih belum terlambat kalau saya nak kongsikan cara tertib beriftar . Bila sebut iftar , sama ada budak atau orang dewasa , selalunya lupa nak bertertib bila dah menghadap makanan . Sedangkan perut kita yang kosong satu hari itu kita perlu berhemah untuk mengisinya supaya tidak terkejut .
Antara Tertib Ketika Berbuka ;
1. Minum Jus Buahan
Bila masuk waktu berbuka jer , kalau boleh mulakan dengan minum jus buah - buahan . Kalau dapat jus tu campur sekali dengan buah kurma lah . Jus ni akan membantu menyerap asid yang ada dalam perut tuh sepanjang hari kita berpuasa . Juga dapat keluarkan angin dalam perut . Gula dari buah - buahan dapat kembalikan tenaga setelah berpuasa .
2. Pembuka Selera Yang Ringan
Ambilah sedikit makanan pembuka selera yang ringan cam kurma , buahan , kuih - muih , dadih , puding , roti jala , tofuuu sebelum anda melakukan solat Maghrib untuk mengalas perut .
3. Minum Air Kosong
Minumlah air suam / kosong selepas solat Maghrib dan bila anda rasa dahaga . Minumlah air sejuk / berais selepas anda ambil makanan untuk elak perut kembong . Pengambilan air kosong / masak yang banyak dapat elakkan anda dari sembelit dah dehidrasi di bulan Ramadhan .
4. Makan Berat Selepas Solat Tarawih
Lepas solat maghrib / solat isya' / tarawih barulah ambil yang agak berat cam nasi berlauk , segala jenis mee , lontong , soto dan apa saja yang sewaktu dengannya . Lebihkan ambil sayur - sayuran . Elakkan ambil makanan yang berlemak dan berminyak . Anda digalakkan ambil makanan yang dibakar dan di stim .
5. Kunyah Makanan Dengan Sempurna
Kunyah makanan dengan tenang dan perlahan - lahan . Rasulullah mengunyah makanan selama 44 kali . Barulah makanan itu dapat diproses dengan mudah oleh perut kita . Ianya juga dapat elakkan berlakunya gastrik dan juga boleh merawat ulser .
6. Makan Secara Sederhana
Ambillah dalam jumlah yang sederhana . Berhenti makan sebelum kenyang . Perut anda takkan mampu untuk menampung segala jenis makanan yang anda makan . Perut anda kecil sahaja .
7. Tidur Selepas 1 / 2 Jam Makan
Pastikan anda tidur 1-2 jam selepas makan . Jika tidak perut anda akan rasa kurang selesa dan anda akan menjadi penternak lemak yang berjaya .
8. Minum Susu / Jus Kurma Semasa Sahur
Amalkan minum susu + kurma ( 2 sudu jus kurma ) semasa sahur untuk membekalkan tenaga tambahan sepanjang berpuasa .
9. Makan Supplement
Jika perlu , ambil suplemen tambahan seperti spirulina organik dan serbuk protein . Ia dapat tingkatkan sel darah merah dan secara tidak langsung menangani masalah keletihan malah membuat anda kenyang untuk tempoh yang lama .
Selesa
Sekiranya kita amalkan tertib ketika beriftar , bukan sekadar dapat mengelakkan kita dari mendapat penyakit malah kita dapat melakukan solat tarawih dan berqiamullail dengan selesa .
~ Cetusan Minda ~
jus n kurma mmg pilihan sy..sahur pun sama jg ;-)
ReplyDeleteKalau dah makan kenyang2 sgt.....memang terasa 'berat'... untuk semuanya..huhu :(
ReplyDeletekadang follow juga cara yang disenaraikan di atas
ReplyDeletetapi most of the times, main balun aje =)