Cara Menjadi Mukmin Sejati


Assalamualaikum ...


Cara Menjadi Mukmin Sejati | Dengan lafaz Bismillah . Satu ketika dahulu , ketika zaman Jahiliyah CM , CM banyak merungut bila membantu orang tapi tidak mendapat penghargaan sepatutnya . Maka lahirlah kesalan demi kesalan kerana pernah membantu mereka suatu ketika dahulu .  Bantuan tersebut ada berbentuk kewangan , usaha , juga tenaga yang CM hulurkan untuk ahli keluarga juga orang luar . Dek kerana memikirkan betapa sukarnya CM berusaha membantu mereka sehingga terpaksa melakukan pengorbanan tanpa pedulikan kepentingan diri sendiri , rasa hati bagai disayat , dirobek - robek rasanya . Tapi samapai bila mahu meratapi perkara yang telah lama berlaku . Tidak ada apa pun yang CM dapat bila mengungkit balik perkara itu . Itulah kenyataan yang paling pahit . Itu bukanlah sifat menjadi mukmin sejati .

Bila masa berlalu , usia semakin meningkat , banyak perkara yang CM belajar . CM perlu menjadi mukmin sejati . Ada sesetengah perkara memang kita tidak boleh kawal kerana itu adalah ketentuan Allah . CM percaya , ada sebab kenapa Allah hadirkan CM dalam hidup mereka dan menghulurkan bantuan pada mereka . Mungkin pada ketika itu , hanya CM yang dapat membantu mereka . Ada cara menjadi mukmin sejati . Justeru itu CM kembali kepada ' keikhlasan ' . Kini CM dah tak kisah dengan apa yang CM lakukan pada mereka suatu ketika dahulu . CM ikhlaskan semuanya . Alhamdulillah , kini CM rasa tenang dan CM tidak mahu memikirkan apakah ganjaran yang Allah nak beri kerana itu urusan DIA . Itu lebih baik sekiranya tiba - tiba Allah ambil CM ' pergi ' , maka mereka itu tidak perlu bersusah payah untuk mengembalikannya .


Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya, 
Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. "
(Hadis Riwayat Muslim).

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa untuk menjadi mukmin sejati , setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, tidak menjadi sia-sia kerana jaminan daripada Allah S.W.T bahawa Dia akan membalas dengan balasan yang lebih baik samaada di dunia atau pun di hari akhirat.



Cara Menjadi Mukmin Sejati


Pertama : Bantuan berbentuk sedekah .


Memberi bantuan kewangan berbentuk sedekah kepada fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, golongan kurang upaya, bantuan perubatan, bantuan pelajaran kepada pelajar miskin dan bantuan kepada musafir yang keputusan belanja.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah). 
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Kedua : Bantuan berbentuk pinjaman kewangan.


Apabila kita hidup dalam zon selesa iaitu tiada masalah kewangan , pinjaman , berhutang dengan individu , maka apa salahnya kita hulurkan bantuan berbentuk pinjaman kewangan dengan lebihan duit yang kita ada kerana rezeki yang kita ada adalah untuk dikongsi dengan orang lain . Mungkin nanti apabila kita diuji Allah dengan kesusahan , akan datang bantuan yang tidak kita jangka .

Nabi S.A.W. berwasiat kepada Sayidina Ali k.w. : 
" Wahai Ali ! Jangan engkau mengherdik orang yang meminta pertolongan, sekalipun ia datang dengan naik kuda (berkenderaan) dan berilah ia, kerana sesungguhnya sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah sebelum jatuh ke tangan peminta. "

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W.  bersabda yang maksudnya : 
" Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah S.W.T.  akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. "
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Ketiga : Bantuan berbentuk masa dan tenaga.


Apa pun bantuan berbentuk masa dan tenaga adalah sedekah yang kita hulurkan kepada mereka dan ianya mestilah ikhlas kerana Allah . Sangat banyak sebenarnya bantuan berbentuk masa dan tenaga . Sekdar membantu membawakan barang orang lain juga sudah mendapat pahala sedekah .

Diriwayatkan dari Rasulullah S.A.W. bahawa baginda ditanya Abu Dzar, 
" Bagaimana saya bersedekah sementara saya tidak berharta? " .

Maka baginda menjawab, 
"Salah satu pintu sedekah adalah mengucapkan takbir (Allah Akbar), tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah), tahlil (Laailaha illah Allah), memohon ampun kepada Allah, memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran, menyingkirkan duri dari jalan, menunjuki orang yang buta, tuli dan bisu hingga ia mengerti, membantu orang yang memerlukan bantuan dengan susah payah, menapaki jalan yang terjal untuk menolong orang-orang yang lemah, mengangkat beban yang berat untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuan. Ini adalah pintu-pintu sedekahmu yang kamu amalkan. Bahkan kamu berhubungan badan (menjima') dengan isteri juga terdapat pahala."

Keempat : Bantuan berbentuk nasihat yang baik dan ilmu yang bermanfaat.
 

Sebahagian daripada bantuan tidak memerlukan kewangan tetapi ianya berbentuk nasihat yang baik dan memberikan ilmu yang bermanfaat. Contoh masaalah rumah tangga (suami/ isteri/ anak-anak/ ibu bapa/ mertua), masaalah ditempat kerja , masaalah stress dan tekanan jiwa dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : 
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. ”. 
(Surah Al-Ashr ayat 1-3)

Dari Abi Hurairah dari Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:
Sesungguhnya agama itu nasihat , sesungguhnya agama itu nasihat , sesungguhnya agama itu nasihat“,  mereka (shahabat) bertanya siapa yang berhak nasihat ya Rasulullah ? bersabda (Nabi) “Bagi Allah dan bagi kitab-Nya Allah, dan bagi utusan-Nya dan bagi imamnya orang muslim dan bagi umumnya muslim


Sifat Pengasih Dan Penyayang Sesama Hamba Muslim
 

Ketika kita berada di hari akhirat nanti, tidak ada siapa yang dapat membantu dan menolong kita untuk meringankan beban dosa dan kesalahan yang kita lakukan ketika di dunia dahulu melainkan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. serta hasil dari sifat pengasih dan penyayang kita sesama hamba muslim .

Allah S.W.T. bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya apabila sifat ini iaitu sifat pengasih dan penyayang ada dimiliki oleh para hamba-Nya kepada sesama muslim, Dia akan mengasihinya. Jika sifat yang mulia ini tidak ada, yang dimiliki adalah  sifat pentingkan diri sendiri, benci kepada fakir miskin dan anak-anak yatim, kedekut untuk sedekah dan infak di jalan Allah dan berkata dalam hati : 'hartaku adalah milikku sepenuhnya orang lain tak ada hak' maka Allah S.W.T. amat murka dan sedikit pun Allah S.W.T. tidak akan pandang kepada kesusahan manusia seperti ini nanti di hari akhirat. Dia tidak akan mendapat perlindungan Arasy dan hartanya yang dahulu dimegah-megahkan sedikit pun tidak dapat menolongnya daripada kepanasan di Padang Mahsyar.

Nabi S.A.W  bersabda maksudnya : 
Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat : 'Dimanakah golongan yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu? Pada hari ini Aku payungi mereka di bawah payungan-Ku pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari Aku”. 
(Hadis Riwayat Muslim).

Oleh itu marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita dimanakah kedudukan kita sekarang ini? Adakah kita merasai bahawa pada harta kita itu ada hak-hak orang lain yang perlu kita berikan? Adakah kita merasai bahawa harta kita sebenarnya adalah apa yg kita belanjakan mengikut kehendak Allah S.W.T.? Dan bukannya  apa yang kita simpan dibank atau dirumah .




11 Responses to "Cara Menjadi Mukmin Sejati"

  1. Salam sis... lebih kurang lah kita sis... mgkin dulu zaman kejahilan sllu merungut akan bantuan yg pernah kita hulurkan..sekarang insyaAllah akak pun dah belajar lbh redha (lebih memikirkan utk dpt saham akhirat)... :)

    ReplyDelete
  2. saya juga masih belajar
    apapun terima kasih tuk perkongsian ni
    tak salah kalau rezeki lebih dikongsi kan =)

    ReplyDelete
  3. Sama2 kita belajar cara untuk menjadi mukmin ynag sejati ...Nice sharing Sis Vee

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian CM ^_^

    ReplyDelete
  5. jadi intipatinya cuma ikhlas saja ye kan CM..

    ReplyDelete
  6. Kita manusia tak sempurna. Ada kekurangan dimana-mana. Yang penting kita belajar dari kesilapan. Kena selalu ingatkan diri, kalau manusia tak hargai pertolongan kita, Allah pasti...

    ReplyDelete
  7. Untuk mendidik hati menjadi ikhlas mmg susah...
    Diri sendiri kena usaha ke arah itu dan kena byk berdoa moga dibukakan hati kita untuk buat apa pun ikhlas keranaNya...

    ReplyDelete
  8. Sama2lah kita berdoa & berpesan2 kpd kebaikan. Mudah2an kita sentiasa menjadi mukmin sejati... aamiin.
    Promo content di hujung minggu...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah saya tertarik banget dengan isi artikelnya gan terimakasih banyak salam sukses selalu buat anda amin.

    ReplyDelete
  10. Masalah saya. Memang semasa menolong tu rasa ikhlas dan sebagainya. Tapi mungkin satu jangkamasa yang lama selepas itu, orang yang pernqh saya tolong itu melakukan sesuatu yang menyakitkan hati. Pada ketika itu timbul perasaan dalam hati, menyesal pula tolong dulu. Lemahnya...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...