Peristiwa Penting Pada 10 Muharram


Assalamualaikum ...


Dengan lafaz Bismillah . Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharram ini . 10 Muharram bukan sekadar tarikh dan hari biasa tetapi terkandung di dalamnya beberapa peristiwa penting yang kita tidak ketahui . Peristiwa penting pada 10 Muharram akan di bentangkan di sini untuk mereka yang masih tidak mengetahuinya .




 Peristiwa Penting Pada 10 Muharram


Peristiwa Penting Pada 10 Muharram


Pada tarikh 10 Muharram , telah berlaku beberapa peristiwa penting di mana Allah telah memuliakan Nabi - Nabi dengan 10 kehormatan , antaranya ;



1. Setelah beratus - ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah , Allah telah menerima taubat Nabi Adam pada tarikh ini .



2. Nabi Idris a.s. telah dibawa ke langit sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda .



3. Perahu Nabi Nuh a.s. berlabuh kerana banjir yang melanda seluruh alam . Hanya ada 40 keluarga termasuk manusia juga binatang sahaja yang terselamat .



4. Nabi Ibrahim dilahirkan dan diangkat sebagai khalilullah ( kekasih Allah ) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh NamrudNabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim .Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud .



5. Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun baginda sendiri sudah ada 99 orang isteri . Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati , maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu .



6. Allah mengangkat Nabi Isa ke langit di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza . Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israel .



7. Allah telah selamatkan Nabi Musa daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah 

untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya .



8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun , Haman dan Qarun serta kesemua harta - harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka .



9 . Allah telah keluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun setelah berada selama 40 hari di dalamnya .



10 . Allah telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s. pada 10 Muharram sebagai penghormatan kepada baginda .





Disediakan oleh :







7 Responses to "Peristiwa Penting Pada 10 Muharram"

  1. sama2 la kita melakukan puasa sunat 10 Muharram...

    ReplyDelete
  2. semoga kita dapat bersama-sama mengerjakan puasa 9 dan 10 muharram nanti, in sha Allah.

    ReplyDelete
  3. info yang berguna..salam muharram juga

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg bermanfaat utk pengetahuan kita semua. Mudah2an lebih ramai lagi yg tahu peristiwa2 penting ini..
    promo content yg meriah.. :D

    ReplyDelete
  5. saya belajar benda baru hari ni

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...