Susu Kambing Itu Sunnah


Assalamualaikum ...


Dengan lafaz Bismillah ...

Walaupun banyak susu di pasaran sama ada yang segar atau pun jenis tepung daripada pelbagai jenama , saya tetap memilih susu kambing . Tapi , ada tapi tu ... saya tak minum dan tak pernah minum susu kambing segar . Bukan tak sudi tapi tak pernah jumpa setakat ini . Ramai orang tidak suka minum susu kambing fresh kerana baunya . Tahukah anda susu kambing itu sunnah ? Rasulullah hanya minum susu kambing fresh sepanjang hayatnya .


 Susu Kambing Itu Sunnah

Satu ketika dulu , semasa saya sekolah rendah , my bonda ada bela kambing . Banyak lah juga sampaikan hasil daripada jualannya my bonda belikan barang kemas . Pada masa tu my kakak bila cuti semester jer , tiap - tiap hari dia dok main dengan kambing . Sampai la ni kalau jumpa kambing kat tengah jalan pun dia tak boleh nak menahan ... nak main dengan kambing !




Pada ketika itu , tak terfikir pun nak perah susu kambing dan minum . Cuma tengok jer anak kambing menyusu dengan ibunya . Adakalanya ada orang datang minta susu kambing untuk ubat demam kuning baby baru lahir . Kebaikan lain pada susu kambing memang tak tahu . Maklumlah tak de lagi makhluk komputer apalagi internet . Tapi tahulah Rasulullah minum susu kambing .

Susu Kambing Itu Sunnah




Riwayat dari sahabat Rasulullah s.a.w , Ibnu Abbas r.a. katanya :
" Aku bersama Rasulullah s.a.w. dan Khalid bin al Walid masuk ke rumah Maimunah . Maimunah menghidangkan kepada kami satu bekas berisi susu kambing . Lalu Rasulullah s.a.w. meminumnya . Aku berada di sebelah kanan Rasulullah sedangkan Khalid ada di sebelah kiri Rasulullah ."


Rasulullah s.a.w. bersabda ;
" Jika minum susu maka ucapkanlah , ' Allahumma bariklana fihi wa zidna minhu' ( Ya Allah , berkahilah kami pada susu ini dan tambahkanlah untuk kami lebih dari itu ) kerana tidak ada makanan dan minuman yang setara dengan susu . " 
( HR Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman ( 5957 ) .

Rasulullah s.a.w. bersabda ; 

" Tidak ada satu pun makanan yang bisa menggantikan makanan dan minuman melebihi susu . "
Hadis di atas diriwayatkan oleh Ahmad 3/302 dengan sanad yang sahih .


Manfaat Susu Kambing



Menurut satu kajian Universiti Granada , mendapati susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu kerana
  • susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan .
  • molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam .
  • susu kambing dapat membantu penghidap demam kuning dan membantu pesakit anemia .     ( untuk sakit anemia , susu kambing memiliki sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel - sel darah merah . )
  • di kalangan orang Islam , susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Kini , dengan gabungan makanan - makanan sunnah lain , susu kambing memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia . Mungkin juga ada yang alergic dengan susu kambing ...



* NOTE :



Susu kambing sekarang tak ada bau .


Disediakan oleh ;






9 Responses to "Susu Kambing Itu Sunnah"

  1. produk tenusu utk kucing pun guna susu kambing sbb xda laktosa..xsesuai bg susu lembu :)

    ReplyDelete
  2. Banyak manfaat susu kambing ni kan..

    ReplyDelete
  3. Salam singgah Jumaat...terima kasih atas perkongsian ini...memang susu kambing mempunyai banyak khasiat...

    ReplyDelete
  4. thanks atas perkongsian ni cik vee sandi.. kadang2 kalau rasa nak minum, minum lah.. sebab rasa dia macam semacam je kat tekak saya ni. most of the time, saya pilih susu lembu..

    ReplyDelete
  5. Sejak dah dewasa ini zumal tak pernah minum susu :)

    ReplyDelete
  6. Sama2 kita amalkan pemakanan sunnah.nice sharing sis vee

    ReplyDelete
  7. Rasanya mcm tak pernah try minum susu kambing ni....Okje kurang suka minum susu dulu dulu tp sejak dah kiluan ni suka pulak...Dutch lady lah selalunya

    ReplyDelete
  8. saya susu lembu pun susah nak minum
    ni kan pula susu kambing
    memang rasa cam menangis bila dipaksa minum aritu

    ReplyDelete
  9. tak semua orang boleh minum susu kambing segar macam tu..tapi kalau ditambah ada perisa coklat atau kurma rasanya boleh diterima tekak sikit

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...