Nikon COOLPIX S6900 Dan Nikon D750 Yang Mempersona


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . CM dah lama mengidamkan kamera DSLR . Tetapi sampai saat ini masih belum diizinkan untuk mendapatkannya . Hari ini ternampak pula product baru Nikon . Untuk pengetahun peminat tegar kamera , Nikon telah mengeluarkan produk baru DSLR dan kompak yang ditujukan kepada jurugambar amatur juga penggemar selfie .

Nikon COOLPIX S6900 Dan D750 Yang Awesome


Nikon telah mengeluarkan produk baru dari jenis kompak iaitu model COOLPIX S6900 dan jenis DSLR model D750 yang kini sudah ada di pasaran . Pengeluaran produk baru ini adalah untuk memenuhi juga memudahkan jurugambar serta penggemar selfie untuk terus bereksperimentasi dengan diri mereka juga alam .

 Nikon COOLPIX S6900 Dan Nikon D750 Yang Mempersona


Nikon COOLPIX S6900


Melalui model COOLPIX S6900 , Nikon mempersembahkan fungsi fotografi tanpa memerlukan suntingan komplikated sesuai bagi mereka yang ingin mengambil potret diri yang cantik .

Kamera yang dijual pada haga RM 998 ini mempunyai monitor LCD yang boleh diubah pada pelbagai sudut untuk merakam foto sukar .

Ia ditawarkan pada resolusi 16 megapixel dengan lensa Nikkor yang menyokong zoom optikal sehingga 12 kali .

Info :
Produk : Nikon COOLPIX S6900
Harga   : RM 998
Resolusi : 16MP
Lensa    : Nikkor dengan zoom optikal 12x
Sensor imej : 1/2.3 inci CMOS
Apertur maksimum : f/3.3, -6.3
Monitor : 3 inci
Media : SD
ISO : 125 - 6400
Sambungan : WiFi
Dimensi : 99.4 x 58 x 27.9mm
Berat : 181g


 Nikon COOLPIX S6900 Dan Nikon D750 Yang Mempersona


Nikon D750


Model D750 menjadi kamera ' full frame ' paling kecil dan paling ringan yang pernah dibangunkan Nikon tapi langsung tidak menjejaskan kualiti imej . Model ini berada di pasaran dengan tawaran harga RM 6,998 ( badan kamera )

Menggunakan resolusi 24.3 megapixel , enjin pemprosesan imej Expeed 4 dan keupayaan merakam video pada 1080p / 60 cukup membuktikan keupayaan kamera ini yang ditambah dengan sambungan WiFi siap terbina .

Jadi , untuk memindahkan foto anda ke laman sosial selepas rakaman bukan lagi satu masalah besar .

Info :
Produk : Nikon D750
Harga : RM 6,998 ( badan sahaja )
Resolusi : 24.3MP CMOS
Sistem Fokus Auto : 51 poin
Sistem meter : 91,000 pixel sensor RGB
ISO : 100 - 12,800
Kelajuan Shutter : 1/4000
Slot kad memori : 2
LCD : 3.2 inci
Video : 1080p / 60
Bateri : 1230 rakaman
Dimensi : 140.5 x 113 x 78mm
Berat : 755g

Nikon Yang Mempersona


Sama ada Nikon model COOLPIX S6900 atau D750 , kedua - duanya mempesona mata dan jiwa CM . CM tak lah pandai guna DSLR tapi memang berhajat nak belajar menggunakannya satu hari nanti . 

Harga Nikon COOLPIX S6900 RM 998 masih pada tahap mampu beli tetapi CM kena kumpul RM nampaknya . Manakala untuk Nikon D750 pula , CM setakat mampu memandang sahaja . Kalau minta untuk jadikan barang hantaran pun tak ada yang sanggup untuk memberi rasanya . Harganya sahaja sudah meletakkan kamera ini dalam kategori barangan mewah . 

Pada sesiapa yang berminat nak membeli , disarankan melakukannya sebelum perlaksanaan cukai GST April 2015 . Jika tidak , anda hanya mampu memandang sahaja kerana harganya yang sudah pasti bertambah pada ketika itu .




~ Sumber Informasi ~







14 Responses to "Nikon COOLPIX S6900 Dan Nikon D750 Yang Mempersona"

  1. hanya mampu melihat saja.. huhu :(

    ReplyDelete
  2. aduhhh cantiknya yang ada skrin LCD tu....

    ReplyDelete
  3. saya pun minat sangat kamera DSLR ni
    tapi nak buat camne, tak mampu
    dah kena GST nanti, lagilah tak mampu

    ReplyDelete
  4. sama kita pun suka juga...kalau ada rezeki

    ReplyDelete
  5. Memang ohsem...bolehlah dapatkan satu sis vee..

    ReplyDelete
  6. nicon coolpix tu memang ohsem la... harga pun not bad. nasib baik camera lama ok lagi... kalau tak nak juga pergi cari yg ni :)

    ReplyDelete
  7. uiiii sy tgk je laaa.... tu bleh wat down payment kete tu ;-)

    ReplyDelete
  8. Kadang kala seronok bawa DLSR ni apabila berjalan dengan specnya, dengan kualiti gambarnya, tapi kena betul betul minat sebab takut kalau beli mahal mahal nanti tak guna sepenuhnya rugi pula. Saya pun dah beli pakai Digital je senang di bawa hehehe

    ReplyDelete
  9. Okey yg kaler pink tuh buat i jatuh tersadung

    ReplyDelete
  10. Cantiknya...esp yg warna pink tu...

    ReplyDelete
  11. Best.. nikon mmg boleh dipercayai dlm bab gambar2 ni.. mmg berkualiti mcm s4 kat promo content tu..

    ReplyDelete
  12. Belum terbuka hati nak beli camera baru... masih berpuas hati dengan yg ada sekarang nie... :D

    ReplyDelete
  13. Tetiba saya baru teringat yang saya ada Nikon cam. Rasenye Coolpix jugak.
    Dah lama beli tapi tak gunakan.since guna smartphone.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...