Cara Pengiraan Zakat Emas


ASSALAMUALAIKUM ...


Dengan lafaz Bismillah . Hampir semua perempuan suka kan emas . Lagi la sekarang ni ada lak pelaburan emas . Orang dah kurang laburkan duit sebab labur emas lagi untung . Harga makin meningkat tahun demi tahun . Tapi kalau tiap bulan pi beli pas tu pakai , mak ai memang dah jadi kedai emas bergerak la jawabnya . Kalau nak nyawa selamat dari segala jenis kecurian , pembaca tentu akan memilih untuk menyimpannya . 

Sebagai seorang muslim , pembaca juga tahu , bila simpan kena la bayar zakat emas . Kalau pakai pun kena bayar zakat emas juga jika emas tu sebesar rantai basikal .

 Cara Pengiraan Zakat Emas



Cara Pengiraan Zakat Emas


1. Emas Yang Tidak Dipakai ( disimpan )


Emas yang tidak dugunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun . Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram ( nisab ) , wajib keluarkan zakat emas sebanyak 2.5 %

Contoh Pengiraan : RM 6,000 x 2.5 %  Jumlah Zakat      = RM 150

2. Emas Yang Dipakai


Emas yang dipakai ( sebagai perhiasan ) walaupun sekali dalam tempoh setahun , tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya . Tetapi jika melebihi URUF ( nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat ) , maka ia diwajibkan zakat emas tersebut dengan kadar 2.5 % atas lebihan dari nilai uruf . Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata .

Contoh : 
Berat Emas Yang Dipakai = 250 gramUruf Emas = 150 gramBerat Emas Yang Layak Di Zakat  = 250 gram - 150 gram = 100 gramZakat Yang Wajib Dibayar = 2.5 % x ( 100 gram x harga semasa ) = 2.5% x ( 100 gram x RM 77.16 ) = RM 192.90


( Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar URUF adalah 150 gram emas )




* NOTA :

Perkiraan berbeza mengikut negeri .




Disediakan Oleh ;







6 Responses to "Cara Pengiraan Zakat Emas"

  1. Emas ni pelaburan untuk masa depan..nilai dia sebenarnya tak susutkan walaupun harga di agak fragile for the past three years..so tak rugi kalu melabur dalam emas..

    ReplyDelete
  2. Jangan memain dengan zakat. Nanti amalan tergantung kalau tak bayar sebab tak tahu atau sengaja tak nak bayar..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah buat gold investment.
    Yy ada cadangan mana yang ok?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian CM...

    ReplyDelete
  5. Salam. Hee alam perkahwinan memanglah saat yang menyeronokkan.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...