Go Shop Home Shopping


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Dah lama nak buat entry ni tapi asyik terlupa jer . Sekarang ini Astro sudah memperkenalkan satu saluran baru bagi pembeli tegar online . Saluran 118 Astro itu dikenali dengan Go Shop . Tentu bagi anda yang gemar membeli belah hanya sekadar menghadap televisyen , ini satu berita yang sangat menggembirakan anda . Anda hanya perlu menekan nombor-nombor untuk membuat pesanan dan ianya akan sampai di pintu rumah anda dengan segera .


Go Shop Home Shopping


Go Shop Home Shopping


Go Shop Home Shopping menawarkan barangan dapur , barangan kecantikan dan keperluan seharian juga barangan elektrik , Menawarkan barangan yang dipercayai kualitinya dan merupakan barangan yang laris di jual di Korea dengan harga yang menarik dan berpatutan .

Kelebihan Go Shop


Setakat ini 40 barangan ditawarkan di Go Shop dan Astro telah mensasarkan 100 barangan dalam setahun . Kelebihan Go Shop , anda akan dapat saksikan eksperimen yang dilakukan terhadap produk yang mereka jual secara live . Ekperimen itu juga menerangkan kepada anda bagaimana caranya ianya digunakan , kualiti barangan dan cara penjagaan

Tidak Merugikan


Tidak merugikan kalau membeli belah di Go Shop ni sebab ada eksperimen . Jadi tak lah timbul masalah macam mana nak guna barangan yang dibeli berbanding kalau kita beli di kedai atau supermarket malah juga kedai online lainnya yang kadang kala indah khabar dari rupa .




Dihasilkan Oleh :







11 Responses to "Go Shop Home Shopping"

  1. Really..Thanks Sisi vee for info...

    ReplyDelete
  2. sy pun teruja nak beli seterika kat channel tu. masalahnya panggilan susah nak reach kpd operator. coz line sentiasa busy. mungkin tu antara kelemahan mereka

    ReplyDelete
  3. wow, nampak sangat saya dah lama tak tengok astro. hehe.

    ReplyDelete
  4. Memang kalau tengok2 lama2 channel tu boleh terjebak laa... hahahaha... tengok semua barang nak...:D

    ReplyDelete
  5. sy pon baru tau de channel tu...sekali sekali tertekan channel tu...tp xleh tgk lama2 takut terjebak shopping...hehehehe

    ReplyDelete
  6. ada ter klik channel tu
    tapi tak berminat nak beli barang dia...hehe

    ReplyDelete
  7. sy dh kli k2 oder..beli chefline 299 ..mykitkn hti..brng yg smpai x mcm yg du iklankn..lngsng x brkuality..dlm press return blk..tp dh lbh 2 mnggu x mai ambk LG...sungguh mykitkn hti..cmplnt dh 3 x...emmmmmmmm...

    ReplyDelete
  8. saya pon becadang nk beli chefline yg 299 tu. tp byk komen kata tak seperti yg ditunjukkan dalam tv. so tak jadi beli..

    ReplyDelete
  9. Hi, I'm Nadia, student from UiTM Shah Alam. I'm currently doing a research study regarding of the impact of TV Shopping: Astro Go Shop. Minta tolong jawabkan survey ini https://docs.google.com/forms/d/1DO0y0ta39WtzRb-1horQ8RXeLBMzEBZDI3qJ1U9FYac/viewform?c=0&w=1 TQ so much! Your help is much appreciated :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...