Antara Puasa Qada' Dan Puasa Enam , Mana Dulu ?


Assalamualaikum ...

Antara Puasa Qada' Dan Puasa Enam , Mana Dulu ? | Bismillah . Alahmdulillah , Ramadhan sudah selesai dan berlalu pergi tetapi kita masih ada puasa yang perlu kita tunaikan iaitu puasa enam . Walaupun tidak wajib berpuasa enam , namun pahala dan ganjarannya tetap ada . 


Antara Puasa Qada' Dan Puasa Enam , Mana Dulu ?




Antara Puasa Qada' Dan Puasa Enam , Mana Dulu ?


Ramai antara anda yang mungkin masih musykil antara puasa qada' dan puasa enam , manakah yang perlu didahulukan ? Ada ustaz berpendapat bahawa puasa qada' perlu didahulukan sebab melakukannya adalah wajib berbanding melakukan puasa enam yang hukumnya sekadar sunat . Untuk merungkai permasalahan ini , berikut adalah penjelasannya .


Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?



Pendapat Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar 


Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya ( Ramadhan ) dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal ( puasa 6 Syawal ) dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.



Pendapat Ulama Mazhab Syafie


Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.


Kesimpulan



Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.



SUMBER



15 Responses to "Antara Puasa Qada' Dan Puasa Enam , Mana Dulu ?"

  1. Alhamdulillah... Perkongsian yang baik.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. terima kasih diatas penjelasan ini

    ReplyDelete
  3. kalau nak ikutkan, memang bagus buat asing-asing.Tapi nak dapatkan puasa 6 hari ajepun macam-macam cubaan sehinggakan ada yang ketinggalan melaksanakannya.Sekarang ni masyarakat kita mengamalkan open house pulak.Dulu-dulu mana ada benda ni.Makanya, ramailah yang ketinggalan hanya kerana open house.Kalau rasa boleh habis, bolehlah puasa asing-asing.Kalau agak tak sempat, satukan ajelah...boleh dapat pahala 2in1.insyaallah...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dengan perkongsian nie moga kita lebih faham...

    ReplyDelete
  5. Ada masa sebulan, rasanya lebih dari cukup masa untuk tunaikan kedua-duanya..;)

    ReplyDelete
  6. Saya pernah dengar ustaz berkata, kita boleh buat serentak daripada puasa qada dan sunat agar ia tidak membebankan kepada pengamalnya yakni orang yang melakukan puasa tersebut.

    ReplyDelete
  7. CT prefer asing2.. lakukan satu2.. puasa enam dulu then ganti..

    ReplyDelete
  8. tapi kemudahan kedua2nya disekalikan ada.. jadi boleh juga..

    ReplyDelete
  9. Elok puasa enam pastu baru qada puasa, klu bab combine puasa ni bnyk plak pndptnye...

    ReplyDelete
  10. sy suka buat puasa sunat 6 hari dulu...then baru settlekan yg ganti punya hihih

    ReplyDelete
  11. saya mulakan dengan puasa ganti.. In Shaa Allah ada masa..akan buat puasa 6 plak..

    ReplyDelete
  12. Setakat ni tak pernah sekalikan puasa enam dan juga puasa qada...Tapi ada sesetengah pendapat ckp boleh sesetengah pula kata tak boleh..Thanks sharing ,..

    ReplyDelete
  13. kalau mampu asingkan..klu x boleh disekalikan.. tapi, seeloknya kita utamakan yg mana lebih afdal..

    ReplyDelete
  14. sy buat qada' dulu sbb dlm kepala da semat, kalau meninggalkan at least da sempurnakan yg wajib...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...