Duit Raya


Assalamualaikum ...

Duit Raya | Bismillah . Duit raya ni CM tak tahu sama ada ianya pemberian tradisi kita ataupun sekadar mengikut tradisi cina memberi Ang Pow pada Tahun Baru Cina . Masa CM kanak - kanak , sekitar akhir tahun 70an , sudah ada tradisi memberi duit raya . Cuma masa tu pemberian duit raya hanya menggunakan wang syiling berbanding sekarang .


Duit Raya


Duit Raya


Apabila duit raya sudah menjadi lazim , maka rasa macam tak lengkap raya jika tiada duit raya . Maka , dari awal lagi sudah menyediakan sejumlah wang khas untuk duit raya . Yang tidak mampu juga cuba menyediakan duit raya untuk menggembirakan kanak - kanak .

Adab


Masa zaman CM kanak - kanak , walaupun pergi beraya ke rumah orang bersama kawan - kawan , kami masih sopan dan menjaga adab . Kami bukan sekadar berziarah , malah bersembang dengan tuan rumah sebelum minta izin untuk pulang . Berbeza dengan zama sekarang yang datang sekadar nak kutip duit raya . Datang pun dah gaya samseng . Makan sikit , minum tak sampai lima minit dah nak balik . Lagi la bila tuan rumah keluar pegang sampul duit raya , mereka cepat - cepat bangun  , salam , dapat duit raya terus je balik . Lebih tidak sopan lagi bila selamba je buka sampul duit raya depan tuan rumah . Malah ada juga yang merungut dengan jumlah duit raya yang diterima . 

Pengawasan 


Bagi CM , zaman sekarang ini lebih baik kalau anak - anak ini berziarah bersama ibu bapa mereka . Sekurang - kurangnya ibu bapa boleh pantau dan tegur mereka . Jadi kalau tuan rumah tak bagi duit raya , ibu bapa boleh bagi isyarat kepada anak - anak mereka supaya jangan minta duit raya . Selain itu , adab di meja makan dan hormat tuan rumah itu dapat di pantau .

Sedekah


Bagi para pemberi , keikhlasan memberi kerana Allah s.w.t. dengan niat bersedekah itu lebih baik . Pahala pasti ada . Kalau beri duit raya sekadar nak menunjuk atau nak elak dari orang lain pandang anda seperti orang yang tak berkemampuan , itu hanya akan menjadikan duit anda mengalir pergi tanpa sebarang ganjaran .

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya:  

Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda . ” 
(Hadis riwayat Ibnu Majah)



~ Cetusan Minda ~


12 Responses to "Duit Raya"

  1. :-)) yan bagi duit raya niat sedekah...

    ReplyDelete
  2. Setuju sngt dgn n3 ni, kecik2 dulu dpt 50sen dh bnyk sngt, air+kuih mmg wajib mkn... Tuan rumah bg kami ambik, klu xde kami xminta... Bdk2 dlm kls tu majoriti dpt kumpul duit raya sorang 2++

    ReplyDelete
  3. Setuju sgt dgn entri ni. Lepas tu ada yg dtg dua tiga kali sebab nk duit raya lagi. Huhu

    ReplyDelete
  4. zaman skrg tgk anak2 buah kalau dpt duit raya, terus bukak sampul nak tgk ade berapa RM dlm tu.. kalau RM1 je, mulut kemain laser "alaaa, singgit je" pffttt~

    ReplyDelete
  5. Ya btl tu kan cm..bebudak zaman skrg x sama mcm bebudak zaman dulu..da lgi klau x da duit raya x maw salam.mcm2 budak skrg ni

    ReplyDelete
  6. bila dah jd mcm kwajban bg duit raya akan menyebabkan tuan umah yang tidak berkemampuan menjadi lebih terbeban...kdg budak2 xpaham tuan umah xmmpu bg duit....siap kutuk lagi...sedih kan

    ReplyDelete
  7. beza kannn ... rumah kampung pun purata bagi RM2 satu rumah. Kalau bagi lebih lagi, gerenti datang 3-4 kali budak yang sama :)

    ReplyDelete
  8. dtg sebab duit, dah macam peminta sedekah.. huhu.. ;)

    ReplyDelete
  9. benda ni semua didikan
    boleh kalau kita benarkan mereka keluar dengan kawan2
    especially yang dah besar sikit
    tapi ingatan atau pesanan juga harus diberikan

    zaman sekarang, parent sibuk dok ajar anak jadi pandai
    tapi diorang lupa dok ajar anak bab manner

    ReplyDelete
  10. kadang2..ada budak2 yang datang beraya tak mahu makan dan minum cuma tunggu diberi duit raya je...

    sebagai emak akak perlu berpesan pada anak2 nih yang duit raya itu bukan wajib dapat, kalau org beri alhamdulillah, jika tidak duduk makan dan minum sahaja, kena mula dari kecil sebab takut mereka fikir hari raya hari untuk mengumpul duit pula.

    ReplyDelete
  11. saya setuju dengan pandangan CM dan amalan memberi duit raya ini memang dianjurkan Rasulullah SAW . Penjelesan detail boleh rujuk orang yang lebih alim

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...