Berhenti Merokok Dengan Jus Limau Nipis


Assalamualaikum ...

Berhenti Merokok Dengan Jus Limau Nipis | Bismillah . Merokok adalah habit yang susah nak dihentikan . Merokok bukan sahaja mengundang kanser / membahayakan kesihatan perokok , malah juga membahayakan orang lain disekitarnya yang terpaksa menyedut asap rokok juga terutama kanak - kanak dan wanita yang sedang mengandung .

Bahaya Kepada Ibu Mengandung


Asap rokok yang kerap dihidu atau dihisap oleh si ibu mengandung akan menyebabkan janin menjadi cacat . Selain itu , bayi juga boleh mendapat penyakit lainnya .

Bahaya Kepada Kanak - kanak


Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga . 

Bahaya Kepada Perokok


Berikut adalah senarai keburukan / akibat yang terpaksa diterima perokok jika tidak mahu menghentikan tabiat merokoknya .

Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Hubungan Seks Anda Akan Terganggu

  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

Merokok Mengakibatkan Strok

  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali .

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung


Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.



Berhenti Merokok Dengan Jus Limau Nipis


Berhenti Merokok Dengan Jus Limau Nipis


Jabatan Ubatan Universiti Srinakharinwirot telah menjalakan kajian dengan menggunakan limau nipis segar ke atas perokok dan juga menggunakan gula - gula nikotin .

Ujian itu melibatkan perokok tegar berusia dibawah 18 tahun yang berhasrat mahu berhenti merokok . Mereka menerima sama ada limau nipis segar ( n = 47 )  atau gula - gula nikotin ( n = 53 )

Selepas 7 hari / seminggu , perokok yang menggunakan limau nipis segar didapati memiliki keinginan lebih tinggi untuk berhenti berbanding perokok yng menggunakan gula - gula nikotin .

Hasil kajian itu mendapati bahawa penggunaan limau nipis segar sangat effektif  sebagai alat bantuan berhenti merokok tetapi tidak sebaik gula - gula nikotin dalam mengurangkan ketagihan .



Berhenti Merokok Dengan Jus Limau Nipis


Jus Limau Nipis


Berdasarkan kajian itu , CM cadangkan kepada perokok yang hendak berhenti merokok , apa kata mulakan hari anda dengan segelas jus limau nipis . Cara nak membuat Jus limau nipis pun mudah sahaja . Anda hanya perlukan 

  • limau nipis 
  • lemon
  • madu
  • air
  • ais
Campurkan semua bahan membuat jus limau nipis di dalam gelas bersama air sejuk , kacau hingga sebati dan minum . Tekak anda akan merasa segar di pagi hari .



~ Sumber Informasi ~





4 Responses to "Berhenti Merokok Dengan Jus Limau Nipis"

  1. Laa ni sy dgr benti merokokdgn vape....mmmm sm je xde beza pn

    ReplyDelete
  2. Bagus cara ni. Bahan2 pun mudah cari. Cuma perokok tu sendirilah kena bersungguh-sungguh nak berhenti.

    ReplyDelete
  3. kepada perokok tegar boleh kunjungi klinik kesihatan berhampiran utk rawatan berhenti merokok....bagi yg betul2 nekad la

    ReplyDelete
  4. susah sebenarnya nak suruh perokok berhenti merokok
    kena niat dalam diri sendiri
    kalau disebabkan orang lain...susah!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...