Set Pinggan Mangkuk Ada DNA Babi


Assalamualaikum ...

Set Pinggan Mangkuk Ada DNA Babi | Bismillah . CM peminat set pinggan mangkuk yang dibuat daripada tanah liat . Set pinggan mangkuk gaya English menjadi pilihan utama . Kalau boleh umah , hiasan dan taman pun nak ala Inggeris . Terdapat banyak set pinggan mangkuk yang cantik dipasaran tapi anda jangan tertipu .




Set Pinggan Mangkuk Ada DNA Babi


Abu Haiwan


Hari ni digemparkan dengan penemuan mengejutkan tentang pembuatan set pinggan mangkuk yang buat CM terkedu seketika .

" Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) telah mendapati set pinggan mangkuk jenis porselin keluaran syarikat di Jepun dan China telah menggunakan abu tulang haiwan ( 40 - 50 peratus ) sebagai sebahagian daripada bahan pembuatannya . Malah set pinggan mangkuk ini dijual secara eksklusif sejak tahun 2006 .
Tujuan menggunakan abu haiwan tu adalah untuk menjadikan set itu lebih kuat , keras , tak mudah pecah dan kelihatan sentiasa putih . "

Set Pinggan Mangkuk Ada DNA Babi


Harapan CM , set pinggan mangkuk dikhuatiri ada DNA babi itu hanya dijual pada bangsa Cina sahaja atau bukan muslim . Almaklumlah , orang cina memang suka dengan set - set pinggan mangkuk tanah liat / porselin malah mereka bangga memilikinya . Selalunya set pinggan mangkuk porselin / tanah liat seperti itu dijual dengan harga yang agak mahal . Golongan marhain macam kita ni , dapat beli yang ada kat mall pun dah ok kan . 


Andai kata bahan membuat set pinggan mangkuk daripada abu binatang itu adalah bersumberkan abu babi dan orang Islam yang tak tahu telah menggunakannya . Aduhai , tak tahu nak kata apa lah kan sebab makanan tu masuk ke dalam badan kita dan menjadi darah daging ! Sedangkan kita perlukan segalanya  yang halalan toyyiban !



Jadinya , sesiapa yang berhajat nak membeli secara online , perlulah berhati - hati . Jangan nanti bila dah membeli , baru dapat kesan yang pembuatannya dilakukan di Jepun dan China yang diragukan bahan buatannya ! Tak pasal - pasal RM melayang begitu sahaja .



~ Sumber Informasi ~




3 Responses to "Set Pinggan Mangkuk Ada DNA Babi"

  1. Ada diberitahu tentang spesifik jenama ke?..iisskk seram juga nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! Sepatutnya isu sebegini didedahkan jenamanya, barulah membantu umat Islam namanya. Kalau tidak... xde maknenye...

      Delete
  2. nak beli apapun kena berhati-hati sekarang kan..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...