Ibadah Qurban


Assalamualaikum ...

Ibadah Qurban | Bismillah . Aidul Adha yang dirayakan pada setiap Zulhijjah menjadi lebih bererti dengan adanya ibadah qurban . Ibadah qurban dengan menyembelih lembu adalah sempena mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. membenarkan anaknya Nabi Ismail a.s. menjadi qurban demi menurut perintah Allah .


Ibadah Qurban

Qurban


Qurban itu bermaksud hampir . Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidil Adha dan hari Tasyrik , iaitu 11 , 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

Firman Allah yang bermaksud :

" Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah "
( Surah al - Kausar : 2 )


Ibadah Qurban


Ibadah qurban dilakukan bertujuan untuk menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. Selain itu , ibadah qurban dilakukan sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk serta patuh kepada perintah Allah s.w.t. Melakukan ibadah qurban secara tidak langsung dapat menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging qurban tersebut kepada insan yang memerlukan .


Hukum


Hukum melakukan qurban adalah sunat muakkad . Sunat muakkad itu bermaksud perbuatan yang sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar .

Tuntutan sunat muakkad  adalah bagi orang yang cukup syarat - syaratnya seperti Islam , sempurna akal dan baligh . Orang yang melakukan qurban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurang - kurangnya melihat pada wktu penyembelihan dilakukan .

Binatang


Binatang yang hendak dikorbankan mestilah mempunyai ciri - ciri tidak cacat , tidak sakit , tidak buta , tidak berkurap dan tidak kurus manakala jenis binatang yang sah untuk dikorbankan adalah seperi berikut :

  • kambing biri - biri yang berusia setahun dan ke atas
  • kambing biasa yang berusia dua tahun dan ke atas
  • unta yang berusia lima tahun dan ke atas 
  • lembu atau kerbau yang berusia dua tahun dan ke atas 

Syarat


Mereka yang hendak melakukan qurban mestilah 
  • Islam
  • baligh dan berakal
  • berkemampuan





1 Response to "Ibadah Qurban"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...