Gadget Terbaru Apple


Assalamualaikum ...

Gadget Terbaru Apple | Apple , pengeluar kepada iPad dan iPhone , hari ini telah melancarkan gadget terbaru mereka iaitu iPad Pro dan iPhone 6S di Auditorium Bill Graham Civic di San Francisco .


Gaget Terbaru Apple


Gadget Terbaru Apple


Di dalam sidang rasmi tersebut , Apple telah melancarkan iPad Pro dan iPhone 6S yang sudah tentu ditunggu - tunggu oleh pengguna fanatiknya . Berikut adalah maklumat mengenai iPad Pro dan iPhone 6S .


Gaget Terbaru Apple


iPad Pro


iPad Pro telah dihasilkan dengan spesifikasi seperti berikut :

  • saiz skrin 12.9 inci paparan retina beresolusi 2732 x 2048 piksel yang akan memudahkan pengguna menonton video ataupun bermain permainan video
  • tablet terbesar dalam Apple dengan golongan professional sebagai sasaran
  • menggunakan chipset A9X yang memiliki kepantasan dua kali ganda berbanding A8X
  • kamera 8 megapixel
  • dilengkapi aksessori seperti keyboard pintar dan stylus Apple yang dipanggil iPencil
  • tebal 6.9mm , lebar iPad Pro sama dengan ketinggian iPad Air


Gaget Terbaru Apple


iPhone 6S


Iphone 6S dikeluarkan dengan skrin yang lebih besar dilengkapi dengan sentuhan 3 dimensi yang bertindakbalas bila sentuhan berlaku di atas skrin seterusnya membolehkan pengguna melihat aplikasi dan mesej di dalamnya . iPhone 6S dibina dengan kelebihan

  • sistem operasi IOS9 yang menyokong sentuhan 3 dimensi
  • saiz skrin 4.7 inci
  • kamera 12 megapixel
  • tambahan warna kepada 'rose gpld '
  • kamera depan ada flash
  • pemprosesan daa yang lebih bertenaga

Pasaran Malaysia


Bilakah iPad Pro dan iPhone 6S ini akan masuk pasaran Malaysia tidaklah diketahui . Malah harganya juga melonjak di sini bersama GST .



~ Sumber Informasi ~



3 Responses to "Gadget Terbaru Apple"

  1. Akhirnya iphone terpaksa mengikut jejak pengeluar hp lain dengan mengeluarkan variasi produk utk bersaing cuma belum murah jer...

    ReplyDelete
  2. waaa...ada yg baru lg kaaa?? sy hya mmpu beli apple merah jerr...hik hik hik

    ReplyDelete
  3. Bab bab gadget laki mak mmg cukup minat, bini dia mmg tak minat. Si kecik tu jgn tak tau dia peminat iphone tu.... bukan main tinggi lagi taste dia...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...