Pembentukan Malaysia 16 September


Assalamualaikum ...

Pembentukan Malaysia 16 September | CM tak ingat sejak bila hari Pembentukan Malaysia 16 September diraikan . Zaman persekolahan CM belum ada lagi . Selama itu juga , rakyat Malaysia hanya menyambut Hari Kemerdekaan sahaja yang jatuh pada setiap 31 Ogos .


Pembentukan Malaysia 16 September


Pembentukan Malaysia 16 September



Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.


Pengisytiharaan Malaysia 


Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963

Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.




~ Sumber Informasi ~



10 Responses to "Pembentukan Malaysia 16 September"

  1. perkongsian terbaik ..tahniah ya

    ReplyDelete
  2. Salam hari Malaysia... Semoga kekal aman dan maju sejahtera.

    ReplyDelete
  3. nice story ... selamat hari malaysia CM :)

    ReplyDelete
  4. Sebagai warga negara yang baik, hendaknya setiap orang bisa memberikan hal yang bermanfaat kepada negara, sebagai bentuk rasa syukurnya...

    ReplyDelete
  5. Ayah saya lahir sehari selepas hari malaysia..semalam baru wat surprise kat abah..ehehe

    ReplyDelete
  6. dulu ada belajar pasal ni, alhamdulillah sampai sekarang kita semua adalah malaysians.

    ReplyDelete
  7. rasanya sejak tahun lepas 16 sept di isytihar sbg cuti umum utk bg peluang hari berkenaan di raikan oleh semua rakyat malaysia

    ReplyDelete
  8. pada hari itulah MALAYSIA lahir
    semoga keamanan ini berkekalan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...