ASSALAMUALAIKUM ...
7 Mata Yang Dicintai Allah | Mata merupakan pacaindera yang utama . Kelebihan mata pada manusia sangat banyak . Jika kita menggunakan mata dengan betul , maka banyaklah pahala yang kita akan dapat tetapi jika kita menggunakan mata dengan cara yang salah , maka bergununglah dosa kita kena pikul .
7 Mata Yang Dicintai Allah
Sama kita sedar ataupun tidak , angka 7 banyak kaitannya dengan Allah . Sekarang kita lihat pula kaitan angka 7 dengan mata manusia .
1. Mata manusia yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah jihad kepada Jalan Allah SWT .
2. Mata yang berjaga malam di jalan Allah .
Bangun malam untuk melakukan ibadah serta kiamullail . Buat solat tahajud , solat taubat , berzikir dan segala yang berbentuk ibadah . Setelah melalui satu hari yang panjang , sudah tentu kita ada melakukan dosa .
3. Mata yang menitiskan air mata kerana takutkan kebesaran Allah
Gunakanlah mata kita untuk melihat kebaikan , mensyukuri apa yang Allah beri serta menginsafi musibah yang melanda manusia ketika ini . Melihat betapa deritanya rakyat palestin demi mempertahankan bumi mereka serta agamanya dari ditakluki dan dimusnahkan oleh orang - orang kafir .
4. Mata yang memerhati dan memuji kejadian Allah .
Subhanallah ! Betapa hebatnya kejadian Allah . Dari manusia hinggalah segala yang ada di dunia ini . Kita harus bersyukur Allah beri kita sesempurna kejadian .
5. Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram .
Oleh kerana kita ni 1 Malaysia , nak tak nak kita kena terima hak kaum lain tentang keperluan hidup sosial mereka . Kita cuma perlu kuatkan iman kalau tak nak terjebak atau terpengaruh .
6. Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kehormatan dan kasih sayang .
Mereka jadi miskin kerana itu ujian yang Allah beri pada mereka . Jika mereka terus miskin , itu pilihan mereka sendiri . Tapi kalau kita ada lebih duit dan mampu , bantulah mereka , kerana ganjaran daripada Allah tetap ada . Kita hanya manusia kerdil di mata Allah yang memang tak layak memandang hina pada mereka .
7. Mata yang memandang dan membaca Al - Quran , mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan .
Itulah yang kita perlu lakukan . Jadikan al - Quran sebagai panduan hidup . Insya Allah akan berbahagia di dan juga di akhirat .
~ Sumber Infomasi ~
Terima kasih atas perkongsian ini...
ReplyDeletejagalah mata sebaik2 nya..tq peringatan
ReplyDelete