Asslamualaikum ...
Salam Merdeka Ke - 58 Tahun | Bismillah . Hari ini , 31 Ogos 2015 , Malaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke-58 tahun . Pelbagai perkara telah berlaku sepanjang tahun ini . Pun begitu CM bersyukur Malaysia masih aman dan rakyatnya masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa .
Sejarah Kemerdekaan
Sejarah kemerdekaan Tanah Melayu kalau CM nak menaip di sini memang jenuh kram lah nanti jejari comel CM ni . Bagi sesiapa yang mahu mengimbas kembali detik kemerdekaan Tanah Melayu bolehlah klik di SINI .
Perisytiharan Merdeka
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut .
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri olehTunku Abdul Rahman.
Salam Merdeka Ke - 58 Tahun
Hari ini , kita menyambut kemerdekaan yang ke - 58 . Alhamdulillah , kita dapat menikmati kehidupan yang baik seiring kecanggihan dunia teknologi dan dunai tanpa sempadan . Malah kita juga dapat meluahkan pandangan dan pendapat di media sosial .
Sehati Sejiwa
Sehati sejiwa menjadi tema kemerdekaan tahun ini . Slogan ini membawa hasrat kerajaan supaya seluruh rakyat Malaysia sehati dan sejiwa dalam melalui gelombang yang melanda sepanjang tahun ini . Gelombang yang melanda tahun ini sangatlah banyak .
Merdekakan Diri
Sempena hari merdeka ini , merdekakanlah minda kita semua . Bebaskan minda kita dari penjajahan orang kafir . Berfikirlah sesuai dengan keadaan semasa dan kehendak Islam yang menjadi landasan utama arah khidupan kita . Selain itu , merdekakan diri kita dari hutang , merdekakan jiwa dari kegelapan , merdekakan hati supaya terus kuat dan bersemangat berjuang demi kehidupan .
Salam Kemerdekaan ke-58 kepada semua rakyat Malaysia .
~ Cetusan Minda ~
Salam merdeka CM.
ReplyDeleteMoga Malaysia terus aman makmur...aamiin
salam merdeka dan salam sehatisejiwa..
ReplyDeleteMalaysia tanah tumpah darah ku...selamat hari merdeka :-))
ReplyDeleteSalam kemerdekaan juga. Hehe
ReplyDeleteSalam kemerdekaan juga buat CM...
ReplyDeleteSalam kemerdekaan dan salam perkenalan...assalamualaikum..
ReplyDeleteBersyukur negara kita masih aman..(bukan ayat perli tau..heheh). Semoga negara kita sentiasa aman dan maju..
Aminnn..
Note:rajinnya update blog semlam..akak xsempat. Merayap ke blog org jela intai2 entry merdeka..
Salam Kemerdekaan CM :)
ReplyDeletesalam merdeka ... #sehatisejiwa :)
ReplyDeletesalam kemerdekaan yg ke-58... moga kita lebih menghargai nikmat kemerdekaan ini.. :D
ReplyDeletesalam kemerdekaan vee
ReplyDeletebetullah kan, secara teorinya kita memang merdeka
tapi pemikiran kita tak
Salam Merdeka Vee
ReplyDeleteMERDEKA!!
ReplyDeleteUit. Comelnya kipas tuuu. Hehehe Salam kemerdekaan ^^
ReplyDelete